Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











10 Fakta Menarik Projek Terbaru Siti Nurhaliza untuk SimplySiti



Setiap wanita mahu tampil anggun, glamor dan dalam pada masa yang sama berseri-seri setiap masa. Sentuhan emas SimplySiti telah hadir mengundang perhatian semua wanita untuk melihat empat produk kosmetik yang lebih praktikal. Siapa yang tak nak tampil anggun, semua mahu kan? Dan Siti Nurhaliza begitu komited dalam usahanya memperluaskan lagi empayar SimplySiti yang baru dalam pelayaran. Dengarnya, orang Brunei, Indonesia dan Singapura tidak sabar menantikan kulit mereka disentuh dengan aura emas yang eksklusif dari Siti Nurhaliza.

Simply 4 Eye Color rasanya akan menjadi perhatian ramai dek 4 warna asas untuk mendapatkan mata yang memukau. Kini, didatangkan dengan warna baru iaitu asas pembayang hitam, cerah coklat dan warna pembayang mata emas untuk mendapatkan efek smokey eyes yang didambakan.

Sebelum itu, berikut ini 10 fakta yang mungkin korang nak tahu tentang produk ini:

  1. Dato’ Siti Nurhaliza membintangi dua iklan TV terbaru SimplySiti yang dinamakan Gold Edition dan SimplyWhite yang ditayangkan mulai Ogos lalu.Edit
  2. Pembikinan iklan Gold Edition ini mengambil masa sehari suntuk untuk disiapkan.
  3. Dalam iklan ini, Siti Nurhaliza tampil menawan dengan busana dari pereka baru yang diinspirasikan seorang diva. Dikatakan fesyen rekaan ini dibuat khas dan tidak didapati di mana-mana butik di Malaysia.
  4. Untuk iklan terbaru, buat pertama kalinya Siti Nurhaliza berganding dengan jurusolek kegemarannya, Nurul Shukor.
  5. Edisi terhad ini tampil eksklusif dengan tandatangan dari penyanyi ini sendiri.
  6. Sempena Syawal, Dato’ Siti telah memberi sentuhan istimewa untuk Hamper Raya SimplySiti yang boleh ditempah di www.simplysiti.com.my
  7. Sepanjang Ramadan, Siti mengadakan road tour di Watson’s, Jusco dan Sogo terpilih untuk berjumpa dengan peminat-peminat dan pengguna setia SimplySiti.
  8. SimplySiti juga menjalankan peraduan Berhari Raya bersama Dato’ Siti Nurhaliza. Bertuah siapa yang menang dapat menyambut Hari Raya bersama dengan beliau.
  9. Selain laman Facebook rasmi Siti, peminat juga boleh mengetahui kisah terbaru beliau di laman Facebook SimplySiti.
  10. Siti sedang mengkaji untuk mengeluarkan produk penjagaan rapi badan dan rambut pula. Inginkan rahsianya… nantikan kehadiran produk terbaru SimplySiti.

Siti Nurhaliza Gold Edition

Di pelancaran yang penuh dengan suasana sederhana di bulan barakah, kosmetik eksklusif yang dibungkus rapi dengan rona emas memancar ini bakal singgah di lokasi-lokasi tertentu.

Selain itu, dapatkan sentuhan profesional dengan Simply Shading Blush, ekspresikan pipi lebih terbentuk dengan dua cara mudah. Sapukan pembayang coklat kemudian pemerah pipi untuk mendapatkan hasil yang lebih menarik.

Kandungan mutiara asli yang memantulkan cahaya menyerikan lagi wajah anda. Kemudian lengkapkan imej anda dengan warna bibir yang terserlah dari Simply Gorgeous Lip Color dan Simply Glitz Lip Gloss rangkaian Gold Edition untuk mendapatkan bibir yang lembab dan berkilau juga dengan warna yang sememangnya pilihan Dato’ Siti Nurhaliza sendiri.

Majlis pelancaran dihoskan oleh Ahmad Fedtri Yahya yang tampil dengan baju kebangsaan penuh keemasan.

Siti Nurhaliza Gold Edition

Kata Siti Nurhaliza:

“Sempena menyambut Hari Raya yang akan datang, ini juga adalah hadiah istimewa yang ingin saya kongsikan bersama peminat dan juga pengguna setia SimplySiti, bukan sahaja mereka boleh mendapatkan efek mekap yang menggagumkan, malah ianya juga datang istimewa dengan tandatangan saya dalam bekas yang menarik untuk dijadikan koleksi. Dengan Gold Edition, anda boleh kelihatan glamor untuk hari-hari yang istimewa, namun bagi saya dengan SimplySiti setiap hari adalah hari yang istimewa.”

Di mana boleh dapatkan produk ini? Ya, ia boleh didapati dan dibeli di semua cawangan Watson’s cawangan Jusco Alpha Angle, Taman Equine, Cheras Selatan dan Ayer Keroh Melaka dan kedai konsep kiosk SimplySiti yang diiktiraf di seluruh negara. Selain itu, SimplySiti terdapat di kaunter Sogo sepanjang bulan Ramadan. Bagi kemudahan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk dan senarai rangkaian niaga sah yang menjual SimplySiti, sila layari web rasmi www.simplysiti.com.my atau boleh layari Facebook.

Siti Nurhaliza Gold Edition

Dihoskan oleh Ahmad Fedtri Yahya yang kian pandai bermain dengan bahasa alam.

Siti Nurhaliza Gold Edition

Siti Nurhaliza Gold Edition

Siti Nurhaliza Gold Edition

Wawa, salah seorang hadirin yang tampil serba hitam bertuah kerana dipilih oleh penari untuk direvamp oleh jurusolek tersohor, Najeeb.

Siti Nurhaliza Gold Edition

Siti Nurhaliza Gold Edition

Siti Nurhaliza Gold Edition

Siti Nurhaliza Gold Edition

Banner yang menawan, memukau pesona bintang aura selebriti

Siti Nurhaliza Gold Edition

Siti Nurhaliza Gold Edition

Siti Nurhaliza Gold Edition

Siti Nurhaliza Gold Edition

Majlis pelancaran itu juga tidak lupa untuk meraikan ulangtahun ke-4 perkahwinan Siti dengan Datuk Khalid.

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Tags: ,

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Siti Nurhaliza Bakal Lancar Kempen SimplySiti Di Hati
  • Foto Siti Nurhaliza di Sidang Media Kempen SimplySiti Di Hati
  • Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran SimplySiti Gold Edition
  • Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Pelancaran DERMAGIC
  • Siti Nurhaliza Lancar Produk Terbaru SimplySiti Vogue Edition
  • SimplySiti Bakal Umum Pemenang Kempen Simplysiti Di Hati
  • Siti Nurhaliza di Malam Gala SimplySiti UiTM Shah Alam
  • Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran Perfume SimplySiti
  • Siti Nurhaliza Beli Rumah Mewah RM1 Juta Di Australia
  • Siti Nurhaliza Buat Rawatan Akupunktur Untuk Dapat Anak



  • 2 Komen untuk entri “10 Fakta Menarik Projek Terbaru Siti Nurhaliza untuk SimplySiti”

    1. norhazriza binti mohmad kata:

      assalamualaikum…..dato siti saya ingin menceburkan diri dalam perniagaan, dan bercadang ingin membuat facial dari rumah ke rumah, bagaimanakah saya ingin mendapatkan produk dato untuk saya jual dan gunakan untuk buat facial.

    2. norhazriza binti mohmad kata:

      bagaimana saya nak jadi pengedar untuk produk dato? saya ingin jalankan facial dari rumah ke rumah menggunakan produk dato? bagaimanakah caranya?

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK