in

Pening Raya Lagu Raya Duet Salih Yaccob & M.Nasir

Hey..Pening Raya – Album Kompilasi Hari Raya 2010 Yang Unik

M.Nasir berduet dengan Salih Yaccob? Inilah hadiah terbaru untuk peminat seni hiburan tanahair. Lagu ’Pening Raya’ nyanyian dua nama besar ini bakal berkumandang di corong radio menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

saleh yaakub m nasir

Salih Yaccob merupakan penyanyi ’versatile’ berpengalaman yang memiliki mutu vokal yang baik walaupun nama beliau sekarang lebih dikenali sebagai juruhebah/penyampai radio di stesen radio No 1 iaitu Sinar Fm. Kelebihan bakat beliau ini menjadi ciri-ciri yang memikat hati M.Nasir dan daripada sini lahirlah sebuah lagu duet Hari Raya mereka buat peminat.

Lagu ini terdapat di dalam kompilasi album Hari Raya terbaru terbitan bersama Luncai Emas dan Warner Music yang berjudul ’HEY.. PENING RAYA’. Apa yang menarik dan uniknya album ini adalah kepelbagaian lagu-lagu Hari Raya daripada ramai artis popular tanahair seperti Shiela Majid, Jamal Abdillah & Saleem, Spider, Aisyah, Ziana Zain, The Fabulous Cats dan sebagainya.

Sebuah lagi lagu baru di dalam album ini adalah nyanyian Aidil (bekas finalis AF3) berjudul ’Bersatu Di Hari Raya’ yang dijangka boleh menangkap halwa telinga anak-anak muda kita dengan irama berunsur pop & rapnya.

Lagu ini adalah ciptaan Aidil sendiri dan lirik daripada Dato’ Paduka Shuhaimi Baba.

Tiada Aidilfitri tanpa melalui perjalanan Ramadan. Dua buah lagu bertemakan puasa turut diselitkan di dalam album kompilasi ini. ’Harapan Ramadan’ nyanyian duet Man Bai & Raihan dan juga ’Pertama Ramadan Ini’ nyanyian kumpulan Quest mengajak kita menyedari pentingnya perjuangan dan pengorbanan sebelum menikmati sesuatu itu.

Turut menjadikan album ini agak istimewa adalah pemilihan artis yang mewakili generasi baru dan lama. The Fabulous Cats muncul dengan single Hari Raya mereka ’Riuhnya Beraya’ yang berirama ’catchy’, penyanyi bersuara nyaring Aisyah dengan ’Senandung Lebaran’, Kumpulan Spider dengan kesyahduan lagu ’Rindu Raya’, Ziana Zain dengan lagu ala joget ’Hari Mulia Ini’, M.Nasir dengan erti Hari Raya satu dunia ’Salam Dunia’.

Peminat juga akan terhibur dengan versi akustik Kumpulan Spider yang menyanyikan semula lagu sifu mereka iaitu Satu Hari Di Raya.

Album ’HEY..PENING RAYA’ akan mula berada di pasaran mulai 26hb Ogos kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri ini dengan harga pasaran RM26.90.

Pihak Luncai Emas & Warner Music berharap para peminat akan memberi sokongan terhadap album ini dengan membeli yang asli sebagai koleksi peribadi mahupun untuk menghadiahi orang tersayang di hari raya yang mulia ini.

TRACK LISTING

1. PENING RAYA**
M.Nasir & Salih Yaccob
M.Nasir / M.Nasir & Salih Yaccob
Luncai Emas Sdn Bhd
P2010 LUNCAI EMAS SDN BHD

2. TIBANYA HARI MULIA
Sheila Majid
Adnan Abu Hassan / Habsah Hassan
Universal Music Publishing MGB ( Malaysia ) Sdn bhd / Warner Chappell Music Publishing ( Malaysia ) Sdn Bhd
P 2006 EMI (Malaysia) Sdn Bhd

3. RINDU RAYA
Spider
Tam Spider & Hanafie / Loloq
Luncai Emas Sdn Bhd
P2004 LUNCAI EMAS SDN BHD

4. LAMBAIAN AIDILFITRI
Jamal Abdillah & Salem
Razman / TJ & Lan Mamat
Warner Chappell ( Malaysia ) Sdn Bhd
P WARNER MUSIC ( MALAYSIA ) SDN BHD

5. HARAPAN RAMADHAN
Raihan & Man Bai
Man Bai & Farihin / Man Bai, Farihin & Ain
Raihan Cipta/ SP : Fres Publishing/ Warner Chappell Music (M) Sdn Bhd
P WARNER MUSIC ( MALAYSIA ) SDN BHD

6. SENANDUNG LEBARAN
Aishah
Sohaimi Mohd Zain / Siso
EMI Music Publishing Malaysia Sdn Bhd
P 1998 EMI ( Malaysia ) Sdn Bhd

7. SALAM DUNIA
M.Nasir
M.Nasir/ M.Nasir
Luncai Emas Sdn Bhd
P2005 WARNER MUSIC ( MALAYSIA ) SDN BHD

8. RIUHNYA BERAYA
The Fabulous Cats
Cat Farish / Cat Farish
Luncai Emas Sdn Bhd
P2007 LUNCAI EMAS SDN BHD

9. HARI MULIA INI
Ziana Zain
Razman / Habsah Hassan
Warner Chappell Music Publishing
P 2006 EMI ( Malaysia ) Sdn Bhd

10. PERTAMA RAMADHAN INI
Quest
M.Nasir / Keon
Luncai Emas Sdn Bhd
P2007 LUNCAI EMAS SDN BHD

11. SATU HARI DI HARI RAYA
Spider
M.Nasir / M.Nasir
Warner Chappell ( Malaysia ) Sdn Bhd
P2004 LUNCAI EMAS SDN BHD

12. SESAL DI HARI RAYA
Azfar
To’ki / To’ki
Luncai Emas Sdn Bhd
P2007 LUNCAI EMAS SDN BHD

13. KURNIAAN DI HARI RAYA
Feminin
Nasser Abu Kassim / Cahaya Pena
Warner Chappell ( Malaysia ) Sdn Bhd
P1994 WARNER MUSIC ( MALAYSIA ) SDN BHD

14. BERSATU DI HARI RAYA**
Aidil AF
Aidil AF3 / Dato’ Paduka Shuhaimi Baba
Luncai Emas Sdn Bhd / Pesona Multimedia Sdn Bhd
P2010 LUNCAI EMAS SDN BHD

** new recording track
This compilation album – ‘HEY.. PENING RAYA’ belong to :
P2010 LUNCAI EMAS SDN BHD & WARNER MUSIC ( MALAYSIA ) SDN BHD

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NTV7 Bakal Siar Anugerah Primetime Emmy 2010

10 Fakta Menarik Projek Terbaru Siti Nurhaliza untuk SimplySiti