in , ,

Tahukah Anda! Produk SOFY® Cooling Fresh Buat Ramai Wanita Rasa Selesa, Ini Tips Untuk Pilih Pembalut Wanita Yang Bagus

SOFY Cooling Fresh merupakan inovasi terkini dari SOFY. SOFY, jenama tuala wanita No.1 dari Jepun telah memperkenalkan kempen #CoolGilerrr untuk membantu para wanita di Malaysia melawan haba haid dengan rangkaian tuala wanita SOFY Cooling Fresh.

Budiey percaya setiap wanita punya kulit yang berbeza, kan? Jadi, bila pakai pembalut tuala wanita, sangat penting korang kena pilih tuala wanita yang sesuai dengan kulit kita. Betul tak?

Jika korang mencari pembalut wanita yang bukan hanya memberikan perlindungan terbaik, tetapi juga memberikan sensasi sejuk yang tiada tandingan, SOFY Cooling Fresh (Mint) dan SOFY Cooling Fresh (Cucumber) adalah pilihan terbaik!

Kalau korang alami pendarahan haid banyak atau risau bocor waktu malam, cuba lah pad wanita Sofy ni. Dia punya panjang sampai 42.5 cm, dan dia punya rekabentuk anti-bocor. Yang penting, sangat selesa!

sofy cooling fresh

Pad wanita dari Jepun ni juga ada anti-bakteria, jadi dia kurangkan bakteria yang boleh buat bau busuk. Pastu, kita boleh rasa lebih selesa.

Sejak perkenalan di 2018, SOFY Cooling Fresh telah direka untuk memberikan sehingga lima (5) jam Pudina Dingin merentasi pelbagai pilihan produk mulai dari Day to Night, Maxi hingga Ultra Slim, untuk membantu wanita Malaysia melawan rasa panas semasa waktu haid mereka. Rangkaian Natural Cucumber juga telah diperkenalkan di Oktober 2022 untuk mereka yang ingin menenangkan kulit mereka dengan sensasi sejuk yang ringan.

Tuala Wanita SOFY Cooling Fresh ni macam satu level up untuk buat keselesaan semasa haid. Sejak kali pertama produk SOFY Cooling Fresh dilancarkan pada 2018, syarikat pengeluar tak henti berusaha nak buat produk ini jadi lagi bagus. 

Mereka sebolehnya mahu pastikan wanita rasa fresh, selesa, dan yakin dalam semua situasi dalam hidup diorang.

Melihat pada kesungguhan ini, SOFY nak bagi pengalaman yang fresh dan tambah keyakinan wanita, walaupun cuaca panas menjadi masalah dan cabaran utama.

Berdasarkan kajian, 7 daripada 10 wanita kena ruam atau kulit jadi tak selesa masa haid. Ni lebih ketara lagi pada gadis muda yang selalu pakai tuala wanita lama. SOFY Cooling Fresh ni dihasilkan khas untuk atasi masalah ni, terutamanya bila cuaca Malaysia panas gila.

Berikut Adalah Produk Terbaharu SOFY

SOFY® Cooling Fresh (Mint) – 5 Jam Pudina Dingin 

Pembalut ini menjanjikan pengalaman yang sejuk dengan dilapik lapisan Cool Mint Sheet yang unik. Keunggulan utamanya adalah kemampuan untuk memberikan sensasi pudina dingin yang berkekalan selama 5 jam, mengurangkan ruam panas dan memberikan keselesaan sepanjang hari.

Kelebihan tambahan ialah kandungan Minyak Pati Tumbuhan Semulajadi yang tidak hanya mengurangkan bau dengan efektif tetapi juga memberikan rasa kesegaran yang berkekalan. Produk ini juga diuji secara hypoallergenic dan dermatologi, menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit.

Paras Dingin: ❄️❄️❄️❄️❄️

SOFY® Cooling Fresh (Cucumber) – Sejuk dan Sensitif

Disemai dengan Ekstrak Timun Asli, SOFY® Cooling Fresh (Cucumber) akan memberikan sensasi sejuk yang lembut dan membantu mengurangkan rasa tersumbat, walaupun pada jenis kulit sensitif. Ia juga telah diuji secara hypoallergenic dan dermatologi, supaya selesai untuk semua jenis kulit. Rekaan Ultra Slim dengan penyerapan unggul membolehkan wanita menjalani hari mereka dengan penuh keyakinan dan ketenangan fikiran.

Paras Dingin: ❄️❄️❄️❄️

Tahukah Anda, Ini Tips Memilih Pembalut Wanita yang Bagus

Memilih pembalut wanita yang sesuai adalah penting untuk keselesaan dan kebersihan sepanjang hari. Berikut adalah beberapa tips untuk membantu korang membuat pilihan yang bijak.

Penyerapan yang Sesuai

Pilih pembalut dengan tingkat penyerapan yang sesuai dengan aliran haid kita. Jangan terlalu memilih pembalut yang terlalu tebal jika aliran haid ringan dan sebaliknya.

Reka Bentuk yang Ergonomik

Pilih pembalut dengan reka bentuk yang ergonomik dan sesuai dengan bentuk tubuh kita. Ini akan memberikan keselesaan tambahan dan mencegah kebocoran.

Bahan yang Berkualiti

Pastikan pembalut yang dipilih diperbuat daripada bahan yang lembut dan berkualiti tinggi. Bahan hypoallergenic dan tidak mengandungi bahan kimia yang keras dapat membantu mencegah ruam dan iritasi.

Sesuaikan dengan Gaya Hidup

Pertimbangkan gaya hidup kita. Jika kita seorang yang aktif, pilih pembalut yang sesuai untuk aktiviti fizikal tanpa mengorbankan keupayaan penyerapan.

Teknologi Penyejuk

Jika kita menghargai keselesaan tambahan, pilih pembalut yang dilengkapi dengan teknologi penyejuk seperti SOFY Cooling Fresh. Ini memberikan sensasi sejuk yang menyegarkan pada setiap saat.

Ukuran yang Sesuai

Pilih ukuran pembalut yang sesuai dengan keperluan. Pembalut yang terlalu besar atau kecil mungkin tidak memberikan perlindungan yang optimal.

Kemudahan Pembuangan

Pastikan pembalut mudah digunakan dan dibuang dengan kemas. Beberapa pembalut datang dengan bahan yang mesra alam dapat membantu mengurangkan impak alam sekitar.

Kandungan Bahan Semulajadi

Jika kulit kita jenis sensitif terhadap bahan kimia, pilih pembalut yang mengandungi bahan semulajadi seperti kapas organik atau ekstrak tumbuhan.

Ulasan Pengguna

Baca ulasan pengguna untuk mendapatkan maklum balas tentang kualiti dan prestasi pembalut. Pengalaman pengguna lain dapat menjadi panduan yang baik.

Senang Dicari 

Pastikan pembalut yang kita pilih itu mudah didapati di pasaran. Ini memudahkan kita untuk mendapatkan bekalan pada setiap masa.

Dengan mempertimbangkan faktor-faktor ini, korang dapat membuat pilihan pembalut wanita yang tidak hanya memberikan perlindungan optimal tetapi juga keselesaan sepanjang hari.

SOFY Cooling Fresh Jadi Pilihan!

Dengan SOFY Cooling Fresh, kita sebagai wanita bukan hanya mendapat perlindungan maksimum. Tetapi juga pengalaman yang selesa dan menyegarkan. So, korang bolehlah pilih di antara dua varian yang sesuai dengan keperluan dan keinginan masing-masing sambil menikmati sensasi sejuk yang berkekalan sepanjang hari.

Di samping itu, ia juga bagus untuk kesihatan kulit. Dengan kandungan bahan-bahan semulajadi dan ujian dermatologi, SOFY Cooling Fresh mengutamakan keselesaan tanpa mengorbankan kebersihan dan kelembutan kulit.

Untuk informasi lanjut mengenai SOFY Cooling Fresh, layari laman web rasmi SOFY atau Facebook SOFY ataupun Instagram SOFY

SOFY & Watsons Bergabung Bantu Wanita Malaysia Melawan Ketidakselesaan Haid

Mengenai SOFY

SOFY® adalah sebuah jenama No.1 dari Jepun yang bersedia untuk melakukan apa jua, bagi gadis-gadis yang ingin kekal positif dan sentiasa bersikap cerah untuk kehidupan yang tanpa batasan, dengan menyediakan produk sanitari yang selesa melalui teknologi canggih dari Jepun!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

realme 12 Pro Series Ada Telefoto Periskop Utama & Rekaan Jam Tangan Mewah

Lagu CELAKA Guna Bahasa Kesat & Tak Sopan, Hael Husaini Beri Penjelasan