in

Video Peminat Histeria Tonton VILLA NABILA Timbul Tanda Tanya

pekin

Ketika filem terbaru, Villa Nabila arahan Syafiq Yusof menjengah pawagam sejak 15 Januari lalu, heboh cerita peminat yang datang menonton filem itu terkena histeria. Antara percaya atau tidak, ada dakwaan mengatakan ia menjadi salah satu strategi atau gimik untuk tujuan promosi filem itu dan sekaligus dapat menarik perhatian ramai ke pawagam.

Semasa dijemput menjadi tetamu di hLive, Syafiq bersumpah dengan nama Allah dan Rasul yang mana video tersebut bukannya dibuat oleh pihak produksi. Beliau menyangkal dakwaan kononnya dia mengupah penonton untuk berlakon seperti dirasuk sewaktu menonton filem berkenaan. Jelas anak bongsu kepada pengarah juga penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam menyatakan terkejut ketika mendengar berita itu yang tersebar di laman sosial, Facebook dan menjadi bualan ramai.

Video Peminat Histeria Tonton VILLA NABILA Timbul Tanda Tanya

Menurut apa yang diberitahu kepada wartawan Malaysian Digest, Syafiq juga berharap video tersebut tidak menakut-nakutkan peminat untuk ke pawagam menonton filem itu.

“Ramai orang cakap individu yang terkena histeria itu dirancang sebagai promosi. Sebenarnya, saya tidak pernah mengupah ataupun membayar sesiapa untuk berlakon terkena histeria. Saya sendiri terkejut dan tidak tahu hendak cakap apabila dapat tahu berita ada penonton yang terkena histeria sewaktu menonton filem saya. Saya sudah bertanyakan kepada produksi dan bahagian pemasaran sama ada mereka tahu hal ini dan merancang seperti yang didakwa.

“Mereka pun tidak tahu menahu hal itu dan mengesahkan yang perkara itu sama sekali tidak dirancang. Lagipun kejadian itu di Johor Bharu, saya pelik juga. Mungkin penonton itu lemah semangat,” kata Syafiq ketika dihubungi Malaysian Digest.

Difahamkan, berita penonton terkena histeria dikatakan berlaku di satu pawagam di Johor Bharu.

Menariknya, selain Syafiq, terdapat dua syarikat produksi lain yang turut berminat membikin filem berkisarkan Villa Nabila. Bagaimanapun, judul filem itu menjadi milik Syafiq memandangkan dia merupa­kan orang pertama yang menghantar sinopsis serta borang kebenaran untuk keluar penggambaran atas judul Villa Nabila kepada pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Menurut Syafiq, idea untuk menghasilkan filem berkenaan muncul apabila dia bertemu dengan dua pembikin filem bebas, Daniel Martin dan Rosalli Azrin yang telah memuat naik satu dokumentari tentang kehilangan remaja terbabit.

Villa Nabila adalah filem dokumentari, cereka dan seram menyingkap kisah benar mengenai sebuah rumah tidak berpenghuni selepas peristiwa kehilangan seorang remaja menjadi ‘viral’ dalam kalangan masyarakat beberapa tahun lalu.

Menerusi pelbagai versi cerita yang diperkatakan mengenai rumah ‘berhantu’ ini, Syafiq pula memaparkan plot dua kontraktor iaitu Asyraf dan Amar melalui pengalaman pelik, mistik dan seram sewaktu menjalankan projek di kawasan rumah berkenaan.

80 peratus daripada filem Villa Nabila merupakan kisah benar hasil kajian mereka dan hanya 20 peratus sahaja ditambah untuk mencantikkan lagi filem tersebut.

Filem tersebut diterajui gandingan pelakon utama, Pekin dan Tisya Shamsir.

Dalam pada itu, akui pengarah yang pernah memenangi anugerah Pengarah Harapan Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25), produksinya pernah memikirkan gimik histeria sebagai strategi promosi tetapi dia tidak meneruskan hasrat itu kerana tahu cara itu boleh menerima kecaman penonton.

“Sebenarnya, saya dan produksi ada terfikir tentang strategi sebegitu tapi kami tak teruskan sebab sudah pasti ramai yang akan kritik dan marah. Tak sangka pula betul-betul ada yang terkena histeria dan itu yang membuatka saya terkejut,” katanya.

Bagaimanapun, Syafiq tidak menganggap kejadian histeria itu satu tindakan sabotaj dari mana-mana pihak terhadap filemnya.

Namun, dia berharap penonton yang masih belum menonton jangan terlalu negatif malah menyarankan agar mereka menonton dahulu filem itu sebelum membuat penilaian.

“Mungkin juga penonton itu terlalu lemah semangat. Saya sarankan pada mereka yang mahu menonton, ajaklah sekali kawan beramai-ramai. Sebelum dapat berita tentang ada penonton yang histeria, saya bersyukur apabila mendapat banyak respon positif penonton. Saya berharap ramai penonton ke pawagam dan tonton dulu filem ini sebelum membuat penilaian,” katanya.

Filem yang menjalani penggambaran selama dua minggu di lokasi sebenar ba­nglo itu berjalan dengan lancar. Ba­gaimanapun, sepanjang penggambaran bermula, dari hari pertama sehingga hari kelapan, ada sahaja tragedi kemalangan jalan raya berhampiran banglo tersebut. Salah satu daripada tragedi tersebut membabitkan kemalangan maut.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Iesya Toh Pecat Pengurus Gara-Gara Cubaan Dicabul

Datin Eina Azman Nafi Hamil