in , ,

ILM: Animasi Sains Fiksyen Islamik Pertama di Dunia Bakal Dilancar Oleh Durioo+

ILM: Animasi Aksi Sains Fiksyen Islamik Pertama Di Dunia Bakal Diperkenalkan Oleh Durioo+ Pada Ramadan 2024

Durioo+, platform penstriman selamat untuk kanak-kanak Muslim, dengan bangganya memperkenalkan siri animasi terbaru mereka yang dinamakan “ILM-Kebangkitan Khalifah.”

Siri animasi ini dijadualkan akan dilancarkan pada Ramadan 2024, menandakan kali pertama genre aksi sains-fiksyen Islamik diperkenalkan dalam industri animasi seluruh dunia.

Sebagai peneraju dalam genre baru ini, siri animasi ini akan menggabungkan unsur-unsur Islam yang mendalam dengan elemen sains-fiksyen, berserta dengan aksi yang menarik. 

Durioo+ semakin dikenali di kalangan ibu bapa kerana ia merupakan platform penstriman selamat untuk kanak-kanak Muslim, yang berdedikasi untuk memastikan semua kandungan berkualiti di platform ini menawarkan nilai-nilai yang baik dan pengalaman unik kepada kanak-kanak yang menontonnya. 

Selain menawarkan kandungan berlesen dari studio produksi yang terkenal seperti PinkFong, Aardman, Les Copaque, dan lain-lain, Durioo+ juga memiliki studio produksi sendiri yang telah menghasilkan banyak siri animasi Islam yang terkenal ditujukan kepada kanak-kanak berumur 2-8 tahun seperti Little Ammar, Mina Mila, Alif Anis, dan banyak lagi. 

“Ilm – Kebangkitan Khalifah” adalah tambahan terbaru dalam rangkaian siri animasi terkenal mereka dan sangat berbeza berbanding dengan siri lain kerana jalan cerita yang inovatif dan kali pertama produksi Durioo+ mensasarkan penonton kanak-kanak berumur 8-12 tahun. Kualiti produksi, adegan aksi yang menghiburkan, dan jalan cerita yang unik pasti akan menjadikan penonton terpaku, dan siri ini pastinya boleh bersaing rapat dengan nama-nama besar lain wujud di pasaran. 
“Ini kali pertama kita sasarkan penonton untuk kanak kanak lebih berusia, kerana tidak pernah lagi ada animasi Islamik berkonsepkan aksi dan sains fiksyen untuk golongan ini” kata pengasas Durioo+,”

– Sinan Ismail

Untuk memulakan pelancaran siri animasi ini, Durioo+ dengan bangganya mempersembahkan tampilan pertama logo “ILM-Kebangkitan Khalifah.” Teaser ini menampilkan animasi perincian logo yang moden dan menarik, berjaya mencerminkan intipati tema sains fiksyen siri, dalam masih mengekalkan misteri bagaimana menariknya genre baru ini. 

“ILM-Kebangkitan Khalifah” dijadualkan akan dilancarkan pada Ramadan 2024, seiring dengan bulan suci bagi umat Islam. Ini akan membentuk suasana untuk seluruh bulan, dan dengan esensi Islam yang ditawarkan, pasti akan membuatkan kanak-kanak lebih mendekati Islam. 
“Kami berharap dengan siri baru ini, lebih ramai kanak kanak akan dapat mendalami Islam sambil menonton genre yang mereka minati,”

– Sinan

Butiran berkaitan dengan siri ini juga akan sentiasa dikemaskini di akaun media sosial rasmi Durioo+, seperti Facebook, Instagram, dan Tiktok. Pastikan ikuti akaun mereka untuk sebarang info lanjut tentang siri ini. 

Poster ILM Durioo+

(Bisnes: Durioo) 

Durioo: Platform Penstriman Selamat untuk Kanak-Kanak Muslim 

Durioo+ adalah platform video selamat khas untuk kanak-kanak Muslim, kini menjelma sebagai nama terkemuka dalam dunia penstriman konten yang sesuai untuk kanak kanak Muslim. Dilancarkan pada Februari 2022 dengan sokongan daripada Y Combinator W22 dari Silicon Valley, Durioo+ mempunyai lebih daripada 6,000 video merangkumi genre animasi, bukan animasi, dokumentari, dan banyak lagi, disamping tambahan lebih 100 video baru setiap minggu. 

Apa yang lebih menarik, Durioo+ juga mengkhususkan dalam penghasilan video dan siri Islam berkualiti sesuai untuk kanak-kanak Muslim seluruh dunia. Antara beberapa siri yang dihasilkan sendiri oleh pihak produksi Durioo+ adalah siri Durioo+ Original, Durioo+ Creators dan lain-lain lagi. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Berstatus Jutawan, Khairul Aming Hanya Ada Pinjaman Kereta Bezza

MrBeast

MrBeast Terajui Senarai Penerbit Kandungan Dengan Pendapatan Paling Tinggi