in , , ,

YouTube Umum Produk AI Generatif Baharu Untuk Era Konten Kreatif 

Di acara Made on YouTube, syarikat tersebut mendedahkan bahawa YouTube Shorts kini telah meningkat kepada lebih daripada 70B tontonan harian dari lebih daripada 2B pengguna yang melog masuk setiap bulan.

Hari ini di Made On YouTube, platform tersebut telah mendedahkan keupayaan dikuasakan AI yang akan membantu para pencipta kandungan dan artis baharu serta lama mencipta, menyunting dan berkongsi kandungan dengan cara baharu. Alat-alat dikuasakan AI ini akan membantu membolehkan bentuk perluahan kreatif baharu yang berkuasa, memudahkan proses kreatif, dan membolehkan pencipta kandungan YouTube untuk menjangkau lebih ramai penonton.

Mempamerkan potensi tanpa had yang boleh dibawa oleh AI kepada para pencipta, artis dan industri kreatif, pengumuman penting hari ini termasuk:

  • Pengenalan kepada Dream Screen, sebuah ciri AI generatif baharu untuk membolehkan perluahan kreatif di Shorts: Lewat tahun ini, YouTube akan memperkenalkan Dream Screen, sebuah ciri eksperimen baharu yang membolehkan pencipta untuk menambah latar belakang video atau gambar yang dijana AI kepada Shorts mereka dengan hanya menaip idea dalam gesaan. Dengan Dream Screen, para pencipta akan boleh menjana tetapan baharu yang hebat untuk Shorts mereka yang hanya dibatasi oleh batasan imaginasi mereka.
    • Sejak melancarkan Shorts pada tahun 2020, Shorts kini telah meningkat kepada lebih daripada 70B tontonan harian dari lebih daripada 2B pengguna yang melog masuk setiap bulan.
  • Pelancaran YouTube Create untuk memudahkan proses penghasilan video: Untuk membantu sesiapa sahaja untuk mencipta dan berkongsi video terus di YouTube, hari ini platform ini telah melancarkan sebuah aplikasi mudah alih baharu dipanggil YouTube Create. Ia direka untuk memperkasakan para pencipta untuk bermula dengan alat-alat penghasilan untuk menyunting Shorts, video yang lebih panjang, atau kedua-duanya sekali.
    • Aplikasi ini menawarkan alat menyunting video termasuk penyuntingan dan pemangkasan tepat, kapsyen automatik, keupayaan alih suara dan akses kepada pelbagai filter, kesan, peralihan dan muzik bebas royalti dengan teknologi padanan rentak supaya para pencipta boleh menghasilkan YouTube video mereka yang seterusnya tanpa bergantung pada perisian penyuntingan yang kompleks.
    • YouTube telah mengambil kira pandangan dari lebih daripada 3 ribu pencipta dalam proses pembinaan YouTube Create.
    • Kini tersedia dalam peringkat beta pada Android di pasaran tertentu termasuk Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, United Kingdom, Indonesia, India, Korea dan Singapura, YouTube Create adalah percuma untuk digunakan.

Ini merupakan cara lain YouTube sedang mengurangkan beban para pencipta dan memberikan mereka lebih banyak alat yang cekap untuk membantu mereka menghasilkan idea baharu dan menjangkau khalayak baharu.

  • YouTube akan menawarkan Aloud, sebuah produk alih suara berkuasa AI, di YouTube supaya para pencipta boleh menjangkau khalayak yang tidak menggunakan bahasa utama mereka dengan mudah.
    • Tersedia untuk pencipta tertentu, ciri ini kini sedang diuji dalam bahasa Inggeris, Portugis, dan Sepanyol.
  • Pada tahun hadapan, bantuan carian dalam Creator Music memudahkan pencipta untuk mencari runut bunyi untuk video mereka. Para pencipta hanya perlu menaip pertanyaan carian dan AI akan mencadangkan muzik bebas royalti yang sesuai dengan video mereka.
  • Creator Music kini tersedia di AS, dan kami berharap untuk mengembangnya dengan secepat mungkin.
  • Pada tahun hadapan, YouTube Studio akan menggunakan AI generatif untuk mencetuskan idea video dan draf garis besar untuk membantu pencipta kandungan bersumbang saran. Cerapan-cerapan ini adalah diperibadikan untuk setiap saluran dan adalah berdasarkan apa yang ditonton oleh khalayak mereka dan minat mereka.
  • YouTube telah menguji versi awal alat-alat dikuasakan AI di YouTube Studio dengan para pencipta kandungan, dan lebih daripada 70 peratus daripada mereka yang ditinjau berkata ia membantu mereka mengembangkan dan menguji idea untuk video.

Neal Mohan, Ketua Pegawai Eksekutif YouTube, berkata: “Hari ini, kami berkongsi kemas kini baharu yang akan membantu para pencipta dan artis menolak sempadan perluahan kreatif – dengan memudahkan perkara yang sukar dan memungkinkan impian yang mustahil. Memudahkan proses penciptaan kandungan yang mereka suka untuk pencipta kandungan di seluruh dunia merupakan teras kepada komitmen YouTube untuk meletakkan kuasa kreatif dalam tangan berbilion orang. Hari ini merupakan permulaan era kreativiti baharu. Kami tidak sabar untuk melihat apa yang akan dilakukan seterusnya oleh komuniti pencipta dan artis kami yang luar biasa di YouTube.”

Lyor Cohen, Ketua Muzik Global YouTube, berkata: “Berani dan bertanggungjawab, itulah misi kami. Potensi AI adalah amat mengujakan. Namun, dengan mana-mana teknologi baharu, kami perlu mendekatinya dengan bertanggungjawab. Apa yang dilakukan oleh Artis, Penulis dan Penerbit Lagu merupakan sesuatu yang unik yang dilakukan oleh manusia, dan tidak boleh digantikan oleh teknologi. Kami melihat AI sebagai alat yang boleh digunakan oleh artis untuk menguatkan dan mempercepatkan kreativiti mereka. Dan kami komited untuk bekerja bersama komuniti kreatif dalam Inkubator Muzik AI kami, yang kini telah berkembang secara global. Kami juga menggunakan kemahiran kami dengan sepenuhnya – perkongsian mendalam kami dengan industri muzik – bekerjasama dengan mereka untuk mencapai matlamat kolektif kami untuk menyemarakkan kreativiti dan memacu perniagaan ke hadapan.”

Para pencipta dan artis berikut menggunakan YouTube untuk memacu masa hadapan perluahan kreatif dan menjelaskan cara pengumuman yang dikongsi hari ini akan memberi impak kepada ekosistem yang lebih luas:

  • Pencipta kandungan YouTube, Alan Chikin Chow, berkata: “Ia benar-benar hebat untuk melihat aplikasi khusus untuk Create kerana ia memberi para pencipta keyakinan bahawa apa-apa sahaja yang kami cipta di YouTube Create akan dioptimumkan untuk platform itu. Sebuah aplikasi seperti ini akan memberi peluang kepada lebih ramai orang dan memudahkan perjalanan seseorang untuk menjadi seorang YouTuber.
  • Pencipta kandungan YouTube, Jade Beason, berkata: “Saya amat mementingkan kecekapan. Saya sangat teruja dengan cerapan yang dikuasakan AI kerana ia mengambil apa yang saya telah lakukan – meneroka internet, melihat Google Trends, mengambil cadangan penonton saya – dan memberi saya idea untuk video dengan cepat dan memperibadikannya.”
  • Pencipta kandungan YouTube, Cleo Abram, berkata: “Alat AI boleh membantu kita mengecilkan jurang antara apa yang kita bayangkan dan apa yang kita boleh buat, bukannya mengecilkan idea kita. Dan kerana ia membantu kita mengecilkan jurang, alat ini boleh meningkatkan akses kepada perbualan tersebut.”
  • Artis, penulis dan penerbit lagu, Charlie Puth, berkata: “Saya teruja kerana dapat menjadi sebahagian daripada Inkubator Muzik AI YouTube. Teknologi GenAI merupakan sebuah alat yang berkuasa, dan saya bersyukur kerana YouTube membuat pilihan untuk bekerjasama dengan para artis sambil membangunkan teknologi mereka untuk memastikan ia mempercepatkan kreativiti dan bukannya menggantikannya.”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Engku Emran & Noor Nabila Sah Bercerai Talak Satu Ikatan Terlerai Jua

Sudirman Menjelma di Dewan Filharmonik Petronas Melalui Teknologi Hologram