in

TV9 Anjur Raudhah DiHatiku di Masjid Al-Falah USJ9

7,000 MERIAHKAN MASJID AL-FALAH, USJ9

Sejak awal pagi sebelum subuh, Masjid Al-Falah yang terletak di USJ 9, Subang Jaya telah dipenuhi dengan masyarakat setempat untuk sama-sama menunaikan solat subuh berjemaah. Ini merupakan aktiviti harian bagi mereka untuk mengimarahkan lagi suasana masjid di kediaman mereka. Selepas Subuh, suasana di masjid ini semakin meriah apabila ramai jemaah tidak berganjak dari tempat duduk mereka kerana ingin menyaksikan siaran langsung Tanyalah Ustaz yang dikendalikan oleh Ustaz Mohd Ghazali Ibrahim.

Sejurus selesai program itu, mereka berkumpul pula di mini studio Nasi Lemak Kopi O (NLKO) yang disediakan khas buat pengunjung di perkarangan masjid. Inilah masanya mereka berpeluang untuk menyaksikan program tersebut secara langsung dan melihat dengan lebih dekat pengacara NLKO seperti AG, Luqman dan Bienda.

Tidak hairanlah jika ramai antara mereka masih berada di perkarangan masjid sehinggalah Raudhah Di Hatiku ini tamat, dalam sekitar jam 6.00 petang.

Raudhah DiHatiku yang dibawakan oleh Maybank Islamic Berhad di samping penaja bersama, Brainy Bunch Islamic Montessori berjaya menawan hati hampir 7,000 pengunjung memenuhi perkarangan masjid. Rata-rata dilihat membawa ahli keluarga mereka untuk berhibur. Apatah lagi pelbagai aktiviti menarik disediakan khusus buat semua yang hadir seperti :

• Sesi Riadah Pagi Bersama Upin & Ipin
• Persembahan lagu daripada kumpulan Al-Mawlid
• Pertandingan Mewarna bersama krew Bananana
• Rakaman program ”Adik Tanya Ustaz” bersama Ustaz Mohd Safwan Syafiq
• Pertandingan hafazan si cilik bersama krew Bananana
• Rakaman Tanyalah Ustaz bersama Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
• Rakaman ”Tanyalah Ustazah” bersama Ustazah Dr Nik Salida Suhaila
• Pertandingan futsal
• Jualan bazaar yang menampilkan Cufica, Kanvas Kanvas, Dear Azalea dan Seni Kaligrafi
• Booth Lin Nisa’! – aktiviti khas untuk wanita

Aktiviti seperti ini dilihat berjaya menambat hati para pengunjung dan ianya perlu diteruskan bagi memperkenalkan masjid sebagai hab komuniti kepada pelbagai lapisan masyarakat dan sekaligus mengenepikan persepsi masjid yang dianggap hanya untuk beribadah sahaja.

Luqman pengacara NLKO

Tahun ini, satu kelainan yang menjadi daya penarik Raudhah Di Hatiku ialah booth tertutup, ’Lin-Nisa’ khas buat kaum muslimah sahaja. Sambutan amat memberansangkan sehingga ada yang meminta supaya tempat itu dibesarkan di lokasi seterusnya. Booth istimewa ini telah diserikan oleh selebriti tanahair seperti Diana Amir, Yatt Hamzah, Farah Asyikin dan Maria Elena. Kesemua mereka telah berkongsi pengalaman penghijrahan mereka sebelum dan selepas bertudung.

Kumpulan Al-Mawlid yang terdiri daripada Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Abdullah Ahmad (Lah VE), Zafri Nazarudin (Zaf VE), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge) dan Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge) mendapat perhatian hadirin dengan persembahan lagu-lagu ketuhanan yang menyentuh jiwa dan alunan vokal harmoni yang sungguh menenangkan. Bagi golongan kanak-kanak yang hadir, kemunculan Upin & Ipin telah berjaya menarik perhatian mereka dan menambahkan keriangan mereka untuk terus setia mengikuti program Raudhah Di Hatiku ini.

Jika anda tidak berpeluang untuk hadir ke Masjid Al-Falah USJ 9, anda masih lagi berpeluang untuk merasai kemeriahan program Raudhah Di Hatiku di Masjid As-Salam, Puchong Perdana pada 13 Oktober ini. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk sama-sama mengimarahkan masjid dan merasai kemeriah program Raudhah Di Hatiku khas dibawakan oleh TV9. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web www.tv9.com.my

Aktiviti Muay Thai turut diadakan untuk remaja

Pengunjung masjid Al-Falah USJ9

Aktiviti bersama pengunjung

Aktiviti ibu anak dan bapa

Aktiviti buat anak-anak (melukis)

Rakaman Adik Tanya Ustaz bersama Ustaz Safwan

Rakaman Adik Tanya Ustaz bersama Ustaz Safwan (1)

Rakaman Tanyalah Ustaz bersama Ustaz Dr Zaharuddin (2)

Mengenai TV9
Sejak ditubuhkan pada 2006, TV9 telah mengembangkan sasaran kepada golongan muda dan tampil sebagai stesen percuma nombor 2 negara dan saluran sukaramai golongan kanak-kanak. Untuk mengekalkan kedudukannya pada tahun 2012 ini, TV9 akan terus memberi fokus kepada golongan muda masyarakat Melayu dan penonton di bandar tanpa melupakan penonton setia sedia ada. Ini dapat diterjemahkan menerusi penampilan yang lebih segar dengan menumpukan kepada hiburan, drama, komedi dan realiti untuk memuaskan kehendak segmen sasaran. Antara susunan menarik TV9 termasuklah Idola Kecil, Berita Adik, Upin & Ipin, Apa Saja…FBI, Hip TV, Galaksi, Chopp!! dan banyak lagi.

Mengenai Maybank Islamic Berhad
Selaku anak syarikat Kumpulan Maybank, Maybank Islamic Berhad kini berdiri teguh sebagai bank komersil Islam yang terkemuka di Malaysia dan No. 1 di rantau ASEAN dengan pegangan pasaran pembiayaan Islam sebanyak 26% serta deposit sebanyak 23%. Pada tahun kewangan berakhir June 2012, jumlah aset terkumpul Maybank Islamic dicatatkan pada RM83.6 bilion, iaitu pertumbuhan sebanyak 27% berbanding tahun sebelumnya. Kejayaan Maybank Islamic Berhad hari ini adalah didorong oleh gabungan kunci utama kepada kejayaan yang terdiri daripada kepelbagaian produk berinovatif dan berlandaskan Syariah bagi memenuhi keperluan pengguna yang kini semakin canggih dan bijak.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

TV2 Siar Drama Korea Ojakgyo Family

Fenomena Gangnam Style Cetus Idea Malam Gala Inspitari 2012