in , ,

Tiada Tahlil Kerana PKP, Balu Abam Bocey Sedekah Makanan Buat Pelanggan

Hari ini, tanggal 10 Februari 2021, genaplah setahun pemergian pelawak terkenal Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan.

Berikutan itu, balu Allahyarham iaitu Nurhidayah Mohd Ali berhasrat untuk sedekahkan mi kari dan bihun sup kepada pelanggan yang datang ke kedai miliknya di Medan Selera Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) hari ini.

Sewaktu dihubungi oleh pihak Harian Metro, Hidayah memaklumkan bahawa dia tidak dapat mengadakan majlis tahlil untuk arwah Abam disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),

“Esok, genap setahun arwah pergi meninggalkan kami. Memandangkan penularan Covid-19 dan masih PKP, saya tak boleh buat majlis tahlil untuknya.

“Jadi, saya ada tempah mi kari dan bihun sup daripada adik, Mohammad Zainuddin Mohd Ali dan adik ipar, Nor Farhana Nordin untuk sedekahkan kepada semua pelanggan yang datang ke kedai saya esok.

“Saya sudah niatkan untuk Allahyarham suami, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan serta Allahyarham abang-abang saya…

“…iaitu Rosli, Azmi dan Ismail Mohd Ali. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh,” 

– Hidayah
terdengar-satu-bisikan-pada-telinga-dia-berulang-kali-sebut-isteri-arw4h-abam-dedah-dapat-nama-anak-ketika-tunai-umrah_5ec7865a3994b-720x437

Selepas pemergian arwah suami tercinta, dia mengakui terdapat banyak liku dan cabaran yang harus ditempuhi, namun sangat bersyukur kerana Allah mempermudahkan segala urusan hidupnya.

“Alhamdulillah, Allah ada. Walaupun terlalu banyak liku dan cabaran hidup saya sepanjang setahun selepas ketiadaan arwah, semuanya Allah permudahkan. Terima kasih kepada mak, abah dan keluarga,”

– Hidayah

Dalam pada itu, dia turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua individu yang sentiasa menyokong, memberi semangat dan selalu mendoakan dirinya, anak dan termasuk arwah suami.

Terdahulu, Abam ‘pergi’ menghadap Illahi di rumahnya selepas dua hari mengalami demam dengan meninggalkan balu dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun.

*Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pembaca Berita Ini ‘Kantoi’, Siap Ditegur Adibah Noor Betulkan ‘Sebutan

Rakyat Mula Tidak Puas Hati, Kenapa Menteri Kuarantin Cuma 3 Hari