in , ,

Ali Jual Terpaksa Kereta, Motosikal & Trofi Demi Langsai Hutang Hidayah

Pelawak Ali Puteh menjual kereta, motosikal dan trofi yang dimenangi ketika menyertai program realiti komedi beberapa tahun lalu dipercayai demi melangsaikan hutang.

Menerusi video dimuat naik rakan pelawak itu dikenali sebagai Pojie Pidon di Instagram (IG), dia memaparkan momen Ali menenangkan isterinya, Melati Fitri yang bersedih selepas kereta milik mereka diserahkan kepada pembeli.

“Honda Accord ‘sold’ (dijual). Terima kasih hamba Allah ini dari Johor Bahru, sangat mudah berurusan.

Moga ada rezeki lain untuk Ali dan isteri,” tulis Pojie pada hantaran berkenaan.

Sebelum itu, melalui akaun IG sama, turut memaparkan sebuah motosikal jenis RXZ berwarna merah yang dikatakan milik Ali turut dijual.

Malah, Pojie turut memberitahu, kesemua trofi dimenangi Ali atau nama sebenar, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menerusi program realiti komedi yang disertainya juga sudah berjaya dijual.

“Sold (dijual). Sayang memang sayang. Terjual semua piala kenangan (program lawak). Insya-Allah ada rezeki lain nanti Ali Puteh dan Melati Fitri,” tulisnya.

Antara yang kelihatan, trofi kemenangannya menerusi program Maharaja Lawak Mega, Muzikal Lawak Superstar dan Projek Komedi Warna.

Perkongsian itu juga mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memuji tindakan Ali berusaha melunaskan hutang dengan pelbagai cara.

Pada 18 Februari 2022, Mahkamah Sesyen memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada balu abangnya, Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali Siti Norhidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram (IG).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

UNGU

Konsert Ungu di Kuantan Ditunda Tarikh Untuk Hormati Bulan Ramadan

Kugiran Masdo Ungguli Carta Artis Paling Banyak Didengari di Spotify