in , ,

Duit Dah Cukup, Ali Puteh Mahu Jumpa Hidayah Untuk Bayar Hutang

Pelawak Ali Puteh berkata dia mahu segera untuk berjumpa dengan bekas kakak iparnya, Nor Hidayah bagi menyelesaikan bayaran tututan hutang saman.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Ali berkata dia mahu menyelesaikan hal antara mereka secepat mungkin selepas dia berjaya menjual beberapa barangan miliknya.

“Kalau boleh nak gerak (berjumpa). Kalau boleh kita nak buat secepat mungkin. Saya pun dah siap jual semua barang,” katanya.

Sementara itu, Ali berkata dia tiada niat untuk meraih simpati sesiapa dengan perkongsian menjual kereta, motosikal dan beberapa piala kemenangannya sebelum ini. Dalam pada itu, Ali turut berharap mungkin selepas ini ada sinar buat keluarganya.

“Saya ambil dari sudut berbeza, ini semua duniawi. Kita usaha kembali sebelum ini. Orang kata saya play victim, tetapi saya bukannya menagih simpati,” katanya.

Terdahulu, Ali meluahkan rasa syukur berjaya mengumpul RM75,000 selepas menjual beberapa trofi kemenangannya, kereta Honda Accord dan motosikal jenis RXZ.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zahiril Adzim Buka Butik, Bertukang Sendiri Persediaan Untuk Bersara

Marissa Dania Mengaku Dirinya Seorang Introvert, Minat Dengan Dunia Bisnes