in , ,

Ali Puteh Selesai Bayar Hutang Hidayah, Kongsi 27 Keping Resit Bayaran

Alhamdulilah, segala hutang dah berjaya dilangsaikan. Semoga selepas ini, kita tak nak dengar lagi isu isu yang berbangkit.

Pelawak, Ali Puteh akhirnya selesai membayar hutang kepada Hidayah sebanyak RM72,490. Jumlah tersebut dipersetujui oleh peguam Ali selepas menolak hutang daripada balu Abam sebanyak RM3,000.

Kesemua wang tersebut dimasukkan melalui ‘Cash Depost Machine’ (CDM). Beliau juga ada kongsikan 27 keping resit sebagai bukti pembayaran.

Ali Puteh Akhirnya Selesai Bayar Hutang Hidayah, Kongsi 27 Keping Resit Bayaran

Selepas ini harap tiada lagi sebarang dakwaan atau berpanjangan isu ini. Maaf lambat sedikit sebab ada kekangan kerja

– Ali Puteh

Sebelum ini Ali ada datang ke rumah Hidayah untuk membayar hutang tersebut secara tunai, namun ditolak oleh Hidayah atas nasihat peguam.

Apa-apa pun kes mereka berdua sudah selesai dengan baik. Semoga kedua-dua pihak dapat meneruskan kehidupan dengan lebih tenang selepas ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ramalan Siti Nurhaliza Lagu Manakah Yang Bakal Jadi Pemenang AJL38

Neelofa Ramal Lagu HASRAT dari Amir Jahari Akan Menang Juara AJL38