in , ,

Syamsul Yusof Tak Jadi Nak Lafaz Cerai, Prosiding Dijangka Berterusan

Kemelut rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana, 38, berterusan apabila perbincangan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, hari ini tidak berjaya.

Peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Syamsul di dalam prosiding berkata, proses hari ini tidak mencapai persetujuan.

Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding dijangka akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas.

“Usaha nak selesai kes secara persetujuan tidak berjaya. Terdapat beberapa perubahan dibuat oleh Puteri Sarah. Berkenaan Ira Kazar dan tuntutan lain,” katanya.

Sebelum itu, proses sulh yang berlangsung pada jam 10.30 pagi tadi juga tidak berhasil berikutan tiada persetujuan.

Dalam prosiding terdahulu, mahkamah sama menetapkan hari ini untuk Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin secara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Mahkamah menetapkan prosiding lafaz cerai dibuat hari ini selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian.

Bagaimanapun, terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh tersebut yang mana ia akan direkodkan.

Puteri Sarah Tolak Dua Syarat Syamsul

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, tekad dengan pendirian tidak menarik seluruh kes di Mahkamah Sivil Kuala Lumpur berhubung prosiding menghina mahkamah terhadap Ira Kazar, bapanya serta kakaknya.

Puteri Sarah yang ditemui selepas perbincangan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan berkata, dia tidak akan bersetuju terhadap permintaan suaminya, Syamsul Yusof berhubung diskaun ke atas nafkah anak-anaknya.

“Mulanya kami sudah capai kata persetujuan apabila bertemu tempoh hari, tetapi ada beberapa saya tidak bersetuju.

“Pertama, Syamsul suruh saya tarik kes saman terhadap keluarga Kazar. Saya tidak akan tarik kes itu.

“Untuk apa saya berjuang selama ini? Jadi, syarat diberikan kalau mahu dilepaskan, saya kena tarik kes terhadap keluarga Kazar.

“Mengapa saya kena gugurkan? Kes saya dan Syamsul, itu antara saya dengannya, jadi kenapa nak campur adukkan?,”

Puteri Sarah berkata, dia tidak akan gugurkan sebab percaya ada hakam.

“Saya percaya saya di pihak yang benar.

“Syarat kedua, Syamsul minta diskaun tuntutan nafkah anak-anak dan mutaah. Saya tak mahu beritahu jumlah, nanti memalukan.

“Ini nafkah anak-anak pun nak minta diskaun. Selepas itu, suruh tarik kes terhadap keluarga Kazar, ini sudah melampau. Tuntutan saya tidak sampai RM1 juta pun,” katanya.

Puteri Sarah berkata, dia tidak kecewa apabila kemelut rumah tangga terus berpanjangan memandangkan perbincangan perceraian tidak berjaya.

“Tidakkah senang kalau 7 Mac hari itu ceraikan sahaja saya, jadi tiadalah masalah macam ini.

“Saya tidak larat mahu memuaskan puaskan orang lain. Sekarang saya sedang memperjuangkan hak anak-anak. Saya akan lawan demi anak-anak.

“Sememangnya, saya mengharapkan Syamsul melepaskan saya hari ini, tetapi demi anak-anak, saya akan lawan. Jadi, saya tidak kecewa dengan prosiding hari ini,” katanya.

Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas pada 25 Mei depan.

Peguam mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kadir mengesahkan perkara itu.

Katanya, permintaan diusulkan oleh pihak Syamsul tidak munasabah.

“Sebelum kami masuk dewan bicara, kami ada menghadiri majlis sulh, berkaitan dengan isu hadanah.

“Jadi, kami ada berbincang mengenai perkara ini dan pihak Syamsul meminta diskaun yang terlampau banyak dan anak guam saya tidak bersetuju.

“Satu lagi, pihak Syamsul minta tindakan di Mahkamah Sivil ditarik balik. Anak guam saya juga tidak bersetuju.

“Sekarang, kes itu sedang berjalan. Sejak awal kami tidak bersetuju dan sudah menyatakan tindakan terhadap keluarga Kazar di Mahkamah Sivil akan diteruskan,” katanya.

Akberdin berkata, pihak Syamsul meminta tindakan saman terhadap keluarga isteri keduanya sudah menjadi satu isu.

“Jadi, tawaran diberikan hari ini tidak munasabah. Syamsul mahu nafkah anak dikurangkan sebanyak 30 peratus dan mutaah diturunkan 80 peratus.

“Sebelum ini, anak guam saya tidak menuntut harta sepencarian. Jadi, selepas ini kita akan failkan harta sepencarian pula,” katanya.

Antara terma penyelesaian itu ialah hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Nafkah Anak, Enggan Tarik Saman Terhadap Ira Punca Tak Bercerai

Saman terhadap keluarga Ira Kazar enggan ditarik dan jumlah tuntutan nafkah anak daripada Puteri Sarah Liyana, 38, menjadi penghalang kepada suaminya, Syamsul Yusof, 39, melafazkan cerai ketika prosiding yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, hari ini.

Peguam syarie mewakili Syamsul, Mohd Azmi Rais memaklumkan, Puteri Sarah meminda beberapa terma dalam draf persetujuan yang dicapai menerusi satu pertemuan antara kedua pihak.

“Apabila diserahkan draf persetujuan, kami dapati terdapat perubahan antaranya Puteri Sarah masih ingin meneruskan tindakan saman terhadap Ira Kazar dan keluarganya.

“Puteri Sarah juga meminta jumlah mutaah tinggi yang tidak dapat dipersetujui oleh Syamsul. Bagaimanapun, kami ada mencadangkan beberapa terma lain, tetapi tidak dipersetujui.

“Jadi, dari segi penyelesaian tidak ada dan itu adalah punca kenapa kes ini masih berlanjutan,” katanya ditemui selepas prosiding cerai pasangan itu di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.

Pada prosiding terdahulu, kemelut rumah tangga pasangan sensasi ini dijangka bakal berakhir apabila Syamsul setuju melafazkan talak terhadap isteri Puteri Sarah Liyana, hari ini.

Perkara itu disahkan oleh peguam syarie mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kadir selepas prosiding sebutan kedua laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di mahkamah sama pada 10 April lalu.

Mahkamah menetapkan prosiding lafaz cerai dibuat hari ini selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian.

Bagaimanapun, terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh tersebut yang mana ia akan direkodkan.

Antara terma penyelesaian yang dipersetujui ialah hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.

Sementara itu, Syamsul tidak mahu memberi sebarang komen, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada peguam untuk mengeluarkan kenyataan.

“Apa yang terjadi hari ini itulah keputusannya. Saya hanya mengikut prosedur mahkamah. Saya reda dengan apa yang terjadi dan teruskan sahaja,” kata Syamsul.

Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas pada 25 Mei depan.

Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Busana Putih Simbolik Kehidupan Baharu, Puteri Sarah Harap Dilepaskan

SYAMSUL YUSOF

“Kalau Nak Bersama Isteri Kedua Pergilah, Jangan Kurangkan Nafkah Anak”