in , ,

Busana Putih Simbolik Kehidupan Baharu, Puteri Sarah Harap Dilepaskan

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, tiba di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, kira-kira jam 9.20 pagi bagi menjalani proses lafaz perceraian bersama suami yang juga pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39.

Hari ini, berlangsungnya proses lafaz perceraian antara pelakon Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.

Hadir dengan wajah ceria dengan mengenakan busana serba putih, Puteri Sarah sempat menyapa media sebelum meluahkan harapan agar semuanya berjalan lancar dan dapat diselesaikan dengan baik.

Kata Sarah, dia memilih mengenakan busana putih sebagai simbolik mahu memulakan hidup baharu.

Busana Putih Simbolik Kehidupan Baharu, Saya Harap Dilepaskan - Puteri Sarah

Elak Pakai Hitam, Puteri Sarah Tampil Serba Putih Jalani Proses Lafaz Cerai

“Sudah tentu, ini baju baharu saya hari ini. Saya harap memang akan dilepaskan. Semoga selepas dilepaskan hari ini saya dapat memulakan baharu.

“Putih ibarat merpati putih terbang tinggi. Kalau pergi mahkamah asyik pakai hitam, saya depresi. Putih melambangkan hidup baharu.

“Hari ini macam pertunjukan fesyen, tetapi ini bukan baju nikah saya. Ini baju baharu saya,” katanya ditemui di perkarangan mahkamah sebelum memasuki kamar bicara.

Pelakon ini berharap segala urusan hari ini berjalan dengan lancar dan dia dapat meneruskan kehidupan dengan tenang selepas ini.

Sementara itu, Syamsul hadir dengan mengenakan sut biru gelap beberapa minit kemudian ditemani peguam syarie yang mewakilinya, Azmi Mohd Rais.

Ditanya kesediaan mengotakan janji pada hari ini, Syamsul berkata, dia hanya meminta menunggu sehingga prosiding lafaz talak selesai.

“Kita tunggulah sehingga selesai, selebihnya ‘no comment’,” kata Syamsul ringkas.

Lebih 50 pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah seawal jam 8 pagi tadi untuk membuat liputan.

Terdahulu, kemelut rumah tangga pasangan sensasi ini dijangka bakal berakhir apabila Syamsul setuju melafazkan talak terhadap isteri Puteri Sarah Liyana, hari ini.

Perkara itu disahkan oleh peguam syarie mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kadir selepas prosiding sebutan kedua laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 10 April lalu.

Sementara itu, peguam mewakili Syamsul iaitu Azmi Mohd Rais turut mengesahkan perkara sama dengan menjelaskan, mereka sudah mencapai kata-kata sepakat mengenai penyelesaian tuntutan perceraian.

Azmi berkata, Syamsul dan Puteri Sarah sudah bersemuka bagi membincangkan isu berbangkit mengenai masalah rumah tangga dihadapi, baru-baru ini.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas menetapkan tarikh hari ini selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian antara kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh tersebut yang akan direkodkan.

Antara terma penyelesaian ialah hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yayasan Ikhlas Sasar Untuk Bantu 25,000 Golongan Yang Memerlukan

PUTERI SARAH LIYANA SENYUM

Syamsul Yusof Tak Jadi Nak Lafaz Cerai, Prosiding Dijangka Berterusan