in , ,

Tuan Badan Tak ‘Goyang’ Puteri Sarah Saman RM1 Juta Kerana Fitnah

“Lawan Tetap Lawan” – Tuan Badan Tak ‘Goyang’ Puteri Sarah Saman RM1 Juta Kerana Fitnah

Demikian luahan wanita bernama Nazatul Nazira yang berdepan saman daripada pelakon, Puteri Sarah membabitkan tuntutan berjumlah RM1 juta.

Ahli perniagaan yang sebelum ini membuat pengakuan menjadi rakan kongsi kepada ibu tunggal dua anak itu juga seakan-akan membayangkan ada sinar di hujung jalan.

“Allah ada. Jadi tak perlu risau dengan kekalahan hari ini. Kemenangan selamanya pasti tiba,” tulisnya dalam perkongsian Instagram Story.

Menerusi ruangan komen dalam hantaran gambar terbaru wanita terbabit, rata-rata netizen menyerangnya dengan kata-kata sindiran.

“Ini ke yang nak kena saman RM1 juta?” tulis seorang pemilik akaun laman sosial.

“Muka dah sopan tapi biar status cakap orang ambil dadah, bodoh sombong. Perbuatan tak seiring pakaian,” kata netizen lain.

Pada ruangan sama, masih ramai mempertahankan Nazatul Nazira yang dikatakan telah lama menjadi pengasas produk dan membantu ramai ahli perniagaan lain.

“Follow Nazira ni dah lama, Dia ada syarikat sendiri; bos, ketua dan stokis besar. Wanita bijak, kagum dia sangat, ‘founder’ kat Malaysia terhutang budi,” tulis seorang pengikut.

Semalam Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, menerusi peguamnya memaklumkan membuat tuntutan undang-undang terhadap wanita terbabit atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Selain ganti rugi sebanyak RM1 juta, antara gesaan tuntutan adalah permohonan maaf secara terbuka atas fitnah yang bertujuan menjatuhkan reputasi pelakon berkenaan.

Berdasarkan notis dikeluarkan, terdapat lima bukti kenyataan dimuat naik dalam Instagram iaitu menuduh Puteri Sarah mengambil dadah, menganggap diri rakan kongsi, menggelar pelakon itu bodoh sombong, menyara atau membela individu dipercayai bernama ‘Andy’ dan ketua yang tidak bertanggungjawab terhadap pekerja.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Influencer Muslimah Popular Ini Jadi Kekasih Hati Baru Zizan Razak?

Zahiril Adzim Buka Butik, Bertukang Sendiri Persediaan Untuk Bersara