in , ,

LoveLove CuteCute SEDIHSEDIH HAHAHA!HAHAHA! OMG!OMG! WinWin

Single CINTA SEMENTARA Nyanyian THE TRUTH Kini Trending di YouTube

Sering popular dengan dendangan lagu-lagu cover di laman Instagram dan YouTube, gandingan duo yang ingin dikenali sebagai The Truth kini mahu terus memperluaskan pengaruh positif kepada anak muda menerusi single terbaru berjudul Cinta Sementara.

The Truth yang dianggotai Naufal Isa dan Irwan Fariz memilih karya ciptaan Akmal Mustafa dan susunan muzik oleh Iris Tan sebagai single pertama mereka yang diterbitkan di bawah label TS Records. Menerusi lagu Cinta Sementara, para peminat mereka bakal diperdengarkan sisi baru manifestasi muzik The Truth yang sarat dengan mesej-mesej positif berimpak.

Single CINTA SEMENTARA Nyanyian THE TRUTH Kini Trending di YouTube

Kurang 24 Jam Dilancarkan, Single Cinta Sementara The Truth Kini Trending di YouTube

Penggunaan lirik seperti “Tiada sempurna angan dan cinta dalam mengejar cinta sementara” dan “Tuhan saksikanlah usahaku mencari Mu” turut menyerlahkan lagi keunikan persembahan lagu The Truth di dalam Cinta Sementara.

Menurut Irwan, single The Truth kali ini cuba menyelami realiti pilihan yang sering dihadapi manusia sepanjang kehidupan di dunia.

“Kami cuba menzahirkan perjalanan kehidupan seorang hamba sepertimana musafir yang sedang berkelana.

“Sebagai musafir, perjalanan kita pasti akan bertemu pelbagai persimpangan serta dilema yang menghantui.

“Realiti-realiti inilah yang ingin kami bawakan kepada pendengar The Truth untuk diterokai bersama sepanjang lagu ini,” jelas pemuda kelahiran Sungai Petani, Kedah ini.

– Irwan
Single CINTA SEMENTARA Nyanyian THE TRUTH Kini Trending di YouTube

Mengulas mengenai transisi mereka kepada The Truth, Naufal ketika ditemui menjelaskan persoalan ini seringkali dibangkitkan oleh peminat di awal kemunculan mereka sebagai The Truth. 

“Pada awalnya ramai juga mempersoalkan tindakan kami, tetapi setelah melihat sendiri perubahan serta pembaharuan yang kami cuba bawakan menerusi lagu-lagu cover di YouTube, rata-ratanya memberikan respon yang positif. Mereka inilah yang kini kami panggil Truthfam.

“Alhamdulillah, kami berasa amat beruntung dan bersyukur kerana memiliki peminat yang sangat mendukung tranformasi serta segala usaha yang kami lakukan sehingga ke hari ini.

– Irwan
Single CINTA SEMENTARA Nyanyian THE TRUTH Kini Trending di YouTube

Dalam perkembangan terbaru, selepas kurang dari 24 jam video muzik Cinta Sementara diterbitkan di laman YouTube, lagu nyanyian The Truth ini telah berjaya meniti tangga carta YouTube trending di Malaysia.

Semestinya ini suatu pencapaian yang baik dan petanda positif, sekaligus membuktikan lagu-lagu dakwah masih lagi diterima baik oleh masyarakat di negara ini.

“Tak dapat dinafikan yang kami berasa amat teruja bila melihat sendiri respon positif yang kami terima daripada peminat terhadap Cinta Sementara.

“Tinggi harapan kami agar pencapaian ini mampu menjadi suntikan semangat kepada pendatang baru industri yang lain untuk berani kehadapan dengan mesej dan pakej yang positif,”

– Naufal

Cinta Sementara terbitan TS Records kini sedia dimainkan di semua platform muzik digital terkemuka termasuk Joox, Spotify dan Apple Music. Anda juga boleh menonton klip video rasmi Cinta Sementara arahan Aidil Azhar di saluran YouTube rasmi Tarbiah Sentap.

Official Music Video Cinta Sementara – https://youtu.be/spTWswkzPSE

Social Media The Truth

Instagram – https://www.instagram.com/thetrvthofficial/

Twitter – https://twitter.com/thetrvth

What do you think?

150 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Hiasan

Laporan Salah Al Jazeera Memburukkan Imej Malaysia

Platform OURSHOP oleh AirAsia Bantu Petani Tempatan