in ,

Laporan Salah Al Jazeera Memburukkan Imej Malaysia

Satu video dokumentari dari Al-Jazeera yang berdurasi 25 minit 51 saat telah menimbulkan kemarahan buat rakyat Malaysia.

Gambar Hiasan

Video yang bertajuk Locked Up in Malaysia Lockdown itu menyiarkan mengenai pengurusan Kerajaan Malaysia dalam mengurus warganegara asing termasuk pendatang asing tanpa izin dalam menghadapi Virus Covid-19.

Namun banyak perkara yang tidak tepat dan berat sebelah seakan mahu memburukkan Malaysia di peringkat antarabangsa dalam mengurus pendatang asing yang bekerja di Malaysia.

Laporan Salah Al Jazeera Memburukkan Imej Malaysia

Setakat ini video tersebut telah mendapat lebih 100 ribu dislike dan lebih 54 ribu komen kecaman di Facebook dari “Tentera Bawang” Malaysia.

Satu dokumentari berdurasi lebih kurang 30 minit yang dikeluarkan oleh Al Jazeera telah mendapat cemuhan daripada kalangan rakyat Malaysia.

Laporan Salah Al Jazeera Memburukkan Imej Malaysia

Ia dikatakan satu dokumentari yang tidak adil dengan serangan melulu ke arah cara kerja Malaysia menangani wabak COVID-19 yang menurut agensi berita antarabangsa itu sebagai penindasan kaum, tidak berperikemanusian dan bersifat prejudis terhadap warga asing.

Dokumentari yang dimuatnaik di laman YouTube pada 3 Julai lalu menggambarkan bahawa kerajaan Malaysia telah bertukar menjadi kejam terhadap warga asing sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan sejak itu, dokumentari ini telah mendapat 1,000 lebih tanda suka, manakala 100,000 lebih tanda tidak suka.

Al jazeera turut menggambarkan bahawa cara Malaysia mengawal kawasan majoriti warga asing yang dikesan dengan wabak COVID-19 adalah kasar – tidak boleh keluar, kawat besi dinaikkan dan tentera di hantar untuk berkawal. Manakala bagi warga asing, mereka rasa perasaan mereka sebagai manusia ditekan dan apa yang Malaysia lakukan kepada mereka itu jahat.

Namun bagi Iskandar Zulqarnain, pengalaman sebagai seorang petugas kesihatan telah memberikannya satu sudut pandang yang jauh berbeza dengan cerita yang didokumentasikan oleh Al Jazeera.

Dia yang pernah terlibat secara langsung dalam beberapa operasi saringan COVID-19 di beberapa kawasan PKPD tidak bersetuju dengan cara acara itu didokumentasikan oleh Al Jazeera, “apa yang digambarkan melalui dokumentari ini sangat tidak tepat dan sengaja diadakan untuk memburukkan imej Malaysia,” katanya.

Baginya, baik warganegara atau bukan, pendatang asing yang masuk secara sah atau melalui cara salah, semuanya dibantu dengan layanan yang baik oleh pihak berkuasa Malaysia.

Tambah Iskandar lagi, “Mereka yang berada dalam kawasan PKPD diarahkan untuk berada di rumah dan tidak boleh keluar, tetapi kerajaan kita sediakan bantuan barang dapur seperti beras, gula, susu, minyak, telur dan sebagainya kepada mereka yang diedarkan melalui JKM.

“Lampin bayi pun kerajaan kita sediakan kepada mereka yang terjejas. Layanan ini turut sama diberi kepada pendatang asing tanpa izin,” katanya.

Gambaran yang dipertontonkan Al Jazeera di laman Youtube rasmi agensi berita antarabangsa tersebut jauh dari apa yang dilihat olehnya sendiri dan setelah dengan bermacam bantuan serta layanan baik yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia kepada warga asing, adakah itu layak dipanggil ‘kejam’?

Alasan pihak berkuasa Malaysia menahan warga asing yang tidak mempunyai dokumen yang sah ketika PKPD adalah untuk mengurangkan risiko penyakit berjangkit dan bagi memudahkan mereka untuk dijejaki, “Ini semua risiko kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Kehadiran pihak tentera yang menjaga dan mengepung kawasan PKPD itu memang nampak keras dan dilihat seperti menekan warga asing. Mereka tidak dibenarkan keluar dari rumah, apa lagi di kawasan sekitar tempat tinggal mereka. Tetapi perlu diingat, ia bukan berlaku di kawasan warga asing sahaja, Kampung Bharu dan beberapa kawasan PKPD yang lain juga pernah mendapat nasib yang sama.

Iskandar turut menambah bahawa setiap petugas yang ada disitu meskipun bermandi peluh sehingga ada yang pengsan dalam menahan panas dan sedang berpuasa, tetap menjalankan tugas dengan penuh komited serta profesional pada siapa jua yang hadir untuk menjalankan saringan tanpa mengira latar belakang mereka.

Agensi media Al Jazeera mengakui bahawa cara kerja Malaysia melawan COVID-19 ternyata berkesan. Kita berjaya menurunkan kes jangkitan di beberapa tempat yang dilaporkan berisiko sebelum ini. Tetapi usaha mereka untuk memburukkan negara dengan cara mengalihkan isu yang lebih besar nyata tidak boleh diterima.

“Lebih malang lagi bila ada individu atau kumpulan yang kononnya memperjuangkan hak asasi dari Malaysia sendiri yang turut sama mengecam negara [Malaysia] dalam temubual mereka bersama agensi berita luar negara,” kata Iskandar.

Untuk rekod, selain dijaga baik oleh pihak berkuasa, beberapa NGO turut sama membantu warga asing. Persatuan Orang Merdeka dan Cakna Temerloh melalui program ‘Kome Cakna’ telah membantu 115 pekerja Indonesia dan Bangladesh yang kelaparan setelah diabaikan oleh majikan.Manakala Ketua Pemuda Umno Bahagian Baling pada 12 April 2020 turun membantu warga asing dari Indonesia, Myanmar dan Bangladesh setelah mereka terpaksa makan umbut pisang, bunga betik dan daun kayu untuk mengalas perut akibat kehabisan makanan.

Pada 9 April 2020 pula, Kementerian Wilayah Persekutuan telah bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membekalkan makanan kepada penghuni bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion, Jalan Masjid India yang memerlukan bantuan biarpun mereka bukan warganegara.

Manakala perbincangan mengenai bantuan harian bagi warga asing sudah lama diberi perhatian oleh kerajaan Malaysia apabila mereka telah memanggil tiga kedutaan iaitu India, Pakistan dan Bangladesh untuk duduk semeja membincangkan penyelesaian terbaik untuk warganegara mereka.

Tidak pasti apa tujuan Al Jazeera menyebarkan sesuatu yang tidak tepat dan dilihat seperti tidak berperikemanusian. Bagi @MohdZombaGates) melihat hasil kerja Al Jazeera sebagai sesuatu yang pengecut dan tidak melakukan kajian penuh.

Dia turut mempersoalkan sikap berat sebelah Al Jazeera yang tidak membuat sebarang laporan salah laku di beberapa negara luar yang secara terang-terangan menindas warga asing.

Bagi Haixat (@noazhatori) pula, dia melabel Al Jazeera sebagai ‘lidah celaka‘ kerana dari sejarah lampau. Baginya, agensi media antarabangsa ini adalah penyebab kepada berlakunya Arab Spring. Dan dia tidak terkejut apabila Malaysia pula menjadi mangsa.

Sumber: Vocket

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amyza Tuntut Ganti Rugi Lebih RM1 Juta Pada Zarina Anjoulie

Single CINTA SEMENTARA Nyanyian THE TRUTH Kini Trending di YouTube