in , ,

Selepas 10 Tahun Berkhidmat, Tim Cook Kini Cari Pengganti

Tim Cook telah menjadi CEO Apple menggantikan Steve Jobs sejak daripada 2011 yang lepas, dan kini telah memulakan tahun ke-10 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat teknologi dan perkomputeran popular dunia berkenaan.

Terbaru, menurut Bloomberg, pihak Tim Cook dan pembantu beliau sedang memberikan perhatian dalam membangunkan pengganti generasi baru yang akan menerajui syarikat teknologi berkenaan pada tahun-tahun akan datang.

Seperti ramai sedia maklum, pada hari ini, Apple diterajui oleh ketua bahagian yang telah lebih dua dekad pada syarikat berkenaan, dan menghampiri usia 50 ke 60 tahun.

Tim Cook sendiri kini berusia 59 tahun, dan Apple melihat kini sudah tiba masanya untuk Apple bersedia dengan pengganti generasi baru. Seperti biasa, latihan yang perlu dilalui akan mengambil masa yang sedikit lama, dan memerlukan calon yang benar-benar memahami syarikat teknologi berkenaan dalam menerajuinya.

Mengikut desas-desus juga, Jeff Williams mungkin akan menggantikan Tim Cook sekiranya Tim Cook bersara.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Hiasan

Video IInfluencer Sentap Kena Halau Dengan Tuan Restoran! Netizen Backup Siapa?

Warganet Puji Vokal Naim Daniel Cover Lagu AKU BIDADARI SYURGAMU