in

Sekitar Penyampaian Hadiah Suria Ku Di China SURIAFM

Majlis Penyampaian Hadiah “Suria Ku Di China”

Pada 16 Januari 2010, Sabtu lalu, satu Majlis Penyampaian Hadiah “Suria Ku Di China” anjuran Radio Suria FM berlangsung bermula jam 12.00 tengahari di ‘Studio V’, One Utama.

Ianya merupakan hari kemuncak kepada Peraduan “Suriaku Di China” yang telah berlangsung di Suria FM.

Peraduan “Suria Ku di China” merupakan jalinan kerjasama Suria FM dengan China Radio International ( CRI ) dan juga Pejabat Kebudayaan Kedutaan Besar Republik China.

Peraduan ini mula diadakan dari 7 Disember 2009 hingga 1 Januari 2010 iatu selama empat minggu berturut-turut dan tujuan peraduan ini diadakan adalah untuk mempromosikan China kepada Malaysia dari sudut pelancongan.

Peraduan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pendengar khasnya yang berada di sekitar Lembah Klang.

Peraduan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu secara ‘online’ melalui laman web dan ‘On Air radio’. Bagi kategori ‘online’ ini, seramai 4 orang berjaya memenangi hadiah utama iaitu pakej percutian selama 4 hari 3 malam beserta tiket penerbangan pergi balik untuk 2 orang ke Beijing, China.

Manakala kategori penyertaan secara ‘On-Air Radio’, ianya berlangsung selama 5 hari setiap minggu menerusi talian SMS dalam segmen “Breakfast@Suria” pada jam 8.45 pagi dan segmen “Suria Drive-In” jam 6.50 petang.

Hadiahnya adalah berupa wang tunai sebanyak RM100 setiap seorang dan seramai 40 orang pendengar telah memenanginya dari 6,225 penyertaan. Secara keseluruhannya, seramai 9,003 penyertaan yang telah direkodkan selama peraduan ini berlangsung.

Majlis ini juga diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat selain persembahan istimewa oleh Winnie K.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Legend Of Zorro Lakonan Antonio Banderas di TV2

Fasha Sandha Top 5 ABP Gossip Ada Yang Tak Benar?