in , , ,

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem I STILL BELIEVE

Salam semua pembaca Budiey.com, minggu Ini, kita bakal ditayangkan dengan sebuah filem romantik menarik yang akan berada di pawagam.Kepada anda yang nak menang pass menonton filem ini, apa kata sertai peraduan ini sekarang!

Hai semua pembaca setia…. buat korang semua kaki wayang sekalian, Budiey.com dengan kerjasama TGV Pictures akan menganjurkan sebuah tayangan Premiere With Budiey mengajak anda semua untuk menonton sebuah filem romantik yang dibintangi oleh KJ Apa, Britt Robertson, Melissa Roxburgh, Shania Twain dan Gary Sinise berjudul I STILL BELIEVE.

Filem I STILL BELIEVE

Anda sudah menonton trailer filem ini? Nah! Di bawah ini ada trailer untuk anda tonton dulu sebelum ke pawagam:

Apa pendapat anda dengan trailer ni? Menarik tak? Komen di ruangan kat bawah ni. Untuk pembaca yang menyukai filem ini, tunggu apa lagi… sertai peraduan ini dan dapatkan tiket anda!

Filem I STILL BELIEVE

Sinopsis Filem I STILL BELIEVE

Filem ini mengisahkan sebuah filem biografi yang sama judul dengan sebuah lagu nyanyian bintang muzik Kristian, Jeremy Camp, yang memaparkan kisah cinta bersama isteri pertamanya, Melissa. Biarpun menyedari hidup Melissa tidak lama kerana menghidap kanser ovari, Jeremy masih nekad untuk mengahwininya. Melissa meninggal dunia selepas empat bulan setelah mereka berkahwin. Filem ini turut menceritakan kehidupan Jeremy ketika remaja, perjalanannya sebagai seorang penyanyi terkenal dan pertemuan dengan isteri keduanya, Adrienne. 

Filem ini akan berada di pawagam seluruh Malaysia mulai 19 Mac 2020.

Filem I STILL BELIEVE

Budiey ada 60 pass untuk korang menonton filem yang padat dengan babak yang romantis dunia percintaan sepasang kekasih ini di TGV Sunway Velocity pada 18 Mac 2020 (Hari Rabu). Apa tunggu lagi, usah tunggu-tunggu lama lagi ya untuk mendapatkan tiket bagi menonton filem ini nanti.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton I STILL BELIEVE

Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 60 tiket untuk pembaca setia Budiey.com menonton dan boleh menghadirkan diri di tayangan yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
18 Mac 2020 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
8.45 malam

Tempat:
TGV Sunway Velocity

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere I STILL BELIEVE – Budiey.com. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Sila gunakan hashtag ini: #PremiereWithBudiey #IStillBeliveMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini dan kongsikan di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #IStillBeliveMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua orang pelakon utama filem ini.

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan I STILL BELIEVE – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Filem I STILL BELIEVE

Tarikh tutup peraduan:

17 Mac 2020

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 19 Mac 2020 di pawagam berdekatan anda.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Pictures: www.youtube.com/TGVCinemas

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Filem I STILL BELIEVE
Filem I STILL BELIEVE
Filem I STILL BELIEVE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selepas Lapan Tahun Menyepi, Ramlah Tampil dengan Lagu MASAR CINTA

Celcom Komited Memastikan Keterhubungan Rakyat Malaysia Pada Waktu Mencabar