in ,

Penyampai Fly FM Hunny Madu Akan Lancar Album Baru

Hunny Madu, penyampai radio Fly FM akan melancarkan album terbarunya pada hari Rabu ini di No Black Tie, Kuala Lumpur.

Mungkin ramai pembaca yang tak kenal dengan Hunny Madu ni… selain jadi penyanyi, penulis lagu, beliau juga pelakon dan juga hos TV. Memulakan karier pada tahun 2005 setelah Hunny Madu dan grupnya memenangi tempat ke-3 dalam pertandingan Blast Off yang dianjurkan oleh Hitz TV. Kemudian, dia menjadi co-host dalam program mingguan TV3 iaitu The Rexona Dance Sweet Challenge. Meminati De La Soul, Dinah Washington, Tower of Power, Gladys Knight and The Marley family. Kalau diberi peluang bertemu dengan Hunny Madu, Budiey nak tanya, kenapa pilih nama Hunny Madu tuh. So, sweet seperti madu jugak! Dia comel sebab ada lesung pipi.

Budiey: Sayangnya, Budiey tidak dapat hadir di majlis pelancaran album Hunny Bunny Rabu ini kerana pada masa yang sama Budiey ditugaskan untuk menghadiri Sidang Media Pengumuman Finalis Top 5 Anugerah Bintang Popular. Namun, akan tetap mempromosikan album dan akan menyiarkan berita tentang album baru Hunny Madu.

Jemputan yang Budiey terima pagi tadi

Melihat kepada cover album, Hunny Madu berjiwa hip hop, funky dan juga soul. Budiey belum dengar lagi sebenarnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem Rasukan Ablasa Lakonan Mohd Hafiz & Gambit Saifullah

Dato’ Siti Nurhaliza Jadi Cover Girl Majalah VOGUE