in ,

Sinopsis Filem Rasukan Ablasa Lakonan Mohd Hafiz & Gambit Saifullah

Filem Rasukan Ablasa bergenre seram ini terbitan Line Clear, arahan pengarah paling prolifik tanah air iaitu Prof A. Razak Mohaideen. Filem ini pada awalnya hanya berjudul Ablasa yang mengikut kata Prof dan Azhari Zain bermaksud ‘The Broken Spirit’ atau juga ‘The root of evil’ namun ditambahkan perkataan rasukan di hadapannya supaya tajuknya lebih dekat dengan idea filem iaitu yang mempunyai unsur-unsur ‘kerasukan’. Filem ini mengetengahkan bakat-bakat baru dan pertama kalinya kita dapat tonton lakonan Mohd Hafiz (‘Kembar’ Saiful Apek) mendapat tanggungjawab memegang watak pelakon utama.

Filem ini akan menemui penonton pada 26 Februari 2009. Majlis prebiu filem ini akan diadakan pada 17 Februari ini di Cathay Cineplex, Damansara Utama.

Poster Filem Rasukan Ablasa

Penerbit:
Latiff Mohaideen

Penerbit Eksekutif
Puad Onah

Pengarah:
Prof Madya A. Razak Mohaideen  

Penulis Cerita Asal dan Lakon Layar:
Prof Madya A. Razak Mohaideen

Pelakon:
Fouziah Ghous 
Gambit Saifullah 
Almy Nadia
Mohd Hafiz
Fairul
Yusry KRU
Datuk Jalaluddin Hasan
Eric Fuzi 

Krew:
Faizul A. Rashid : (Penyunting)
Azhari Mohd Zain : (Penyunting)
Irwan Mazwan : (Pengarah Seni)
Iqbal Mydin : (Pengurus Produksi)
Adzrey : (Muzik)    

Solekan dan kesan khas digunakan

Sinopsis Filem Rasukan Ablasa

Kisah ini menceritakan tentang kejahatan yang terbentuk di masa silam tentang Omar yang memuja iblis untuk mendapatkan ketaatan isterinya Laila. Namun pemujaanya hanya menyebabkan isterinya menjadi curang. Satu hari Omar telah ternampak Laila sedang berasmara dengan Nordin. Dalam keadaan marah, Omar memancung kepala Laila dan Nordin. Orang kampung telah mengetahui tentang kejadian itu lalu membakar Omar beserta rumahnya. 50 tahun kemudian, Asyraf, anak cucu Omar, kembali ke tanah lapang di Kampung Bukit Gemuruh, tempat kejadian ngeri itu. Iblis yang tertanam di bumi hidup semula dengan kehadiran Ashraf. dan kawan-kawanya Jimmy, Kim,Elly Ad, dan GG telah terjumpa peti pemujaan Omar yang mana terdapat alat muzik yang mengeluarkan bunyi aneh. Setelah membawa pulang peti tersebut, kehidupan mereka terganggu oleh kejahatan yang terbebas itu. Ashraf mencari jalan keluar untuk menentang kejahatan. Inilah kisah ABLASA…

Antara adegan dalam filem Rasukan Ablasa:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dato’ Mukhriz, Tun Dr. Mahathir Mohamad @ Program Hujah di TV9

Penyampai Fly FM Hunny Madu Akan Lancar Album Baru