in ,

Pelakon Seksi Zila Bakarin Berkahwin

Sensasi Selebriti ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat pelakon drama yang seksi, Zila Bakarin atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin, 33 tahun yang telah berkahwin dengan bfnya, Azri Izhar, 34 tahun. Tanpa majlis pertunangan, Zila diijabkabulkan di Masjid Azzubair Ibnul Awwam, Cheras di sini hari ini.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Masjid Azzubair Ibnul Awwam, Bashri Abd. Majid, dengan mas kahwin RM1,000. Dengan sekali lafaz, Azri sah bergelar suami Zila dan kedua- dua mempelai kelihatan berseri mengenakan pakaian berwarna putih.

Majlis pernikahan pasangan tersebut dibuat secara sederhana dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah mempelai. Zila Bakarin yang ditemui selepas majlis akad nikah tersebut kelihatan terkejut dengan kehadiran wakil media tetapi tetap menyambut baik kedatangan media.

“Bukan Zila tidak mahu jemput media. Ini hanya majlis kecil, sebab Zila bercadang jemput pihak media semasa persandingan Zila nanti,” katanya.

Diminta mengulas tentang perhubungannya, kata Zila dia mengenali Azri yang merupakan seorang jurukamera sejak tujuh tahun lalu sewaktu menjalani penggambaran drama.

“Zila harap selepas perkahwinan ini rezeki Zila akan lebih murah dalam lakonan dan kekal bahagia dalam perkahwinan selamanya,” kata anak ketiga daripada tujuh beradik itu.

Tambah Zila, persandingannya akan dibuat dalam masa terdekat iaitu sebelum pertengahan tahun ini dengan hantaran sebanyak RM20,000.

Semoga kebahagiaan dan kesejahteraan milik Zila dan suami selamanya.

[sumber]

[tags]wedding zila bakarin, zila berkahwin, tunang zila, gambar seksi zila bakarin, drama zila, maskahwin, maskulin magazine, wedding blog, planner, gown, photography, video, decoration, cake, ring, album, card, ceremony, dress, gift, photografer wedding, favors, invites[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Lagu Kau Ada Dia – The Lima

Show Band Asia Reforms di Planet Hollywood