in ,

Lirik Lagu Kau Ada Dia – The Lima

Setelah meletop dengan lagu single pertama, Separuh Masa, kini The Lima terus menggamit perhatian pendengar dengan sebuah lagu single keduanya yang berjudul Kau Ada Dia. Sebuah lagu yang masih berkisar tentang cinta tiga segi. Cinta kepada orang yang sudah berpunya bukan mudah untuk ditempuhi. Anda akan rasa bercinta tetapi tidak seperti bercinta. Maka, timbullah ungkapan di mana cinta itu tidak semesti dimiliki.

Di peringkat memendam rasa, segala kasih terpendam terpaksa ditangguh untuk dinyatakan sehingga pada suatu masanya yang sesuai ianya membuak dan bergolak. Lagu ini dihiasi dengan lirik yang sangat ringkas dan tidak berselindung serta senang untuk difahami.

Selagi tidak diluahkan, cinta itu hanya berlegar di dalam mimpi cuma. Kalau boleh elakkan diri anda menyintai insan yang sudah pun berpunya. Samada dia tunangan orang, kekasih orang, suami orang, isteri orang… sebenarnya anda memilih jalan yang salah. Sekali anda memilihnya, agak sukar untuk anda kembali ke pangkal jalan.

Rasa Budiey, ramai lagi yang sedang single dan solo di luar sana, jadi luahkan rasa kasih sayang kepada mereka yang menginginkan anda. Bukan apa, kita hidup di dunia ini hanyalah sementara sahaja. Usah bazirkan masa untuk menjadi kekasih gelap atau menjadi kekasih separuh masa. Nasihat Budiey cuma satu…”Setialah pada yang satu”.

Sudah lama ku memendam rasa
Cinta di dalam dada
Namun tidak pernah bersuara
Kerana takut kecewa
 
Ku tunggu waktu yang lebih baik
Untuk langkah pertama
Jauh dari apa yang ku kira
Hatimu ada yang punya
 
Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia
 
Mungkin juga semuanya salah ku
Terlalu mengharapkan cinta
Tapi sepi yang merasuk kalbu
Membawa angan melayang
 
Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia.

(Edry Abdul Halim) KRU Publishing Sdn Bhd

2187199022 E8291C70Fe | 4

[tags]lirik kau ada dia, the lima album baru, mp3 download, torrent, kru publishing, hak milik terpelihara, songs news, cover album, trailer, cinta buta, tips cinta, love married woman, married man cheating[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ning Baizura Profile & Album Baru

Pelakon Seksi Zila Bakarin Berkahwin