in

Muka Cari Makan Diselar Lawak Ke Laut?

Jika sebelum ini, kumpulan ‘Kami Tuan Rumah’ berjaya mengekalkan kedudukan di carta utama kumpulan A, pola serupa juga boleh dilihat di dalam kumpulan B apabila kumpulan ‘Muka Cari Makan’ sekali lagi mengungguli carta liga.

Corak kemenangan dan pemarkahan sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dilihat kedua-dua kumpulan ini memiliki kelebihan mata bersandarkan undian SMS berbanding pertimbangan markah yang diberikan juri profesional.

Ternyata pelbagai faktor harus diambil kira kerana lawak merupakan sesuatu yang subjektif dan setiap peserta memiliki kualiti dan peminat masing-masing.

Kumpulan Muka Cari Makan menerima komen daripada juri

[pullquote] Disebalik pesona peserta ‘senior’, Uncle Jo, 52 tahun yang seringkali membuat para penonton tercuit hati dengan gelagatnya, beliau tetap menerima kritikan daripada juri. Antara punca teguran tersebut adalah kegagalan memahami situasi sketsa yang diberikan hingga disifatkan lawak ke laut.[/pullquote]

Memberi pandangan telus, Ellie Suriati selaku juri undangan malam itu berharap Uncle Jo menerima pandangannya secara positif bagi mempertingkatkan lagi mutu persembahan kumpulan itu yang turut dianggotai Naz Rahman dan Pian (Kepoh). Selain Ellie, Cat Farish turut menyertai barisan panel juri menggantikan Erma Fatima buat seketika di samping juri tetap Khir Rahman.

Khir Rahman juga pernah memberikan ulasan hangat dalam persembahan episod empat sebelum ini.

“Walaupun rancangan ini bertujuan untuk menghiburkan tetapi para peserta harus ambil serius apabila sudah berada di gelanggang. Ini merupakan persembahan mereka yang kedua sepatutnya lebih fokus dan bertenaga. Malah orang awam dan artis pun tidak dilihat berbeza,” komen Khir.

Minggu ini Khir menyatakan bahawa kumpulan yang mempunya gandingan yang baik adalah ‘Melodrama’ (Zulin Aziz, Izu Kepoh dan Ain) dan ‘Ohsem’ (One Sofazr, Ammar Titan dan Danial Hasif). Walaubagaimanapun, Khir tetap mengakui bahawa Uncle Jo dari kumpulan ‘Muka Cari Makan’ memang mempunyai personaliti yang mudah disukai.

Kumpulan tercorot malam itu adalah kumpulan ‘Boomerang’ yang diwakili Leez Rosli, Zack Ooooo, dan Arfan. Namun Leez berjaya membuktikan keberanian dalam bidang kepakarannya iaitu nyanyian menerusi permainan Karaoke Uncle Spa. Permainan itu memerlukannya untuk merendam kaki di bekas berisi katak, belut dan usus lembu ditaburi cacing sambil menyanyi ternyata mendapat pujian juri. Antara sketsa lain yang harus dijayakan kumpulan B pada malam itu adalah sketsa mendahi, bilik soal siasat, ‘pentiru’ besar dan sketsa ayat awal dan akhir.

Minggu hadapan bakal memberikan peluang untuk kumpulan A membuktikan keupayaan mereka kerana Liga Lawak Superstar musim 2 bakal memulakan sesi penyingkiran untuk persediaan pusingan separuh akhir. Dalam perkembangan lain, penonton di rumah juga boleh mencabar sebarang kumpulan yang bertanding untuk melakukan denda atau hukuman dengan menggunakan #ligalawak beserta #tweetdare menerusi akaun Twitter. Cabaran yang terpilih dan telah dilaksanakan boleh disaksikan menerusi http://apps.tv3.com.my/ligalawak/

Teruskan menonton Liga Lawak Superstar musim 2 setiap hari Ahad jam 9.00 malam eksklusif di TV3 dan ulangannya pada setiap hari Jumaat jam 9.30 pagi.

kumpulan Ohsem

Liga Lawak Superstar juga dihangatkan lagi dengan Hot FM sebagai geng radio rasmi. Untuk menyemarakkan lagi kehangatan Liga Lawak Superstar Musim, penyokong-penyokong boleh menggunakan #ligalawak untuk berbual dan berinteraksi mengenai rancangan ini serta mendapatkan lebih banyak informasi melalui medium media sosial TV3 seperti yang tertera di bawah:

→ www.facebook.com/tv3Malaysia
→ www.twitter.com/tv3Malaysia (@TV3Malaysia)
→ Instagram : @TV3Malaysia
→ Youtube : @TV3Malaysia Official

Kumpulan Juri Awam (20%) Undian SMS (30%) Juri Profesional (50%) Jumlah
Muka Cari Makan 18 14 28 60
Melodrama 17 4 36 57
Ohsem 13 9 31 53
Boomerang 16 3 29 48

 

KUMPULAN A
BIL. PESERTA NAMA KUMPULAN KOD SMS
1 SELEBRITI ROZLAN HAMZAH(ERRY PUTRA)

 

KRISTAL MAYA MAYA
2 AHLI KOMEDI MOHD SHAH RIZAL SULAIMAN(SHAH TAPAW)

 

3 ORANG AWAM RAJA MOHD HAZEEQ RAJA PETERA
4 SELEBRITI  TALHA AMIR HARITH(TALHA HARITH) PLAN BRO BRO
5 AHLI KOMEDI FAZLISHAM MAT HUSSIN(ISEY TITAN)

 

6 ORANG AWAM MOHD NORAZIZI MOHD NOOR
7 SELEBRITI NOORSYAIFUL MD ZALALUDIN(AEPUL DRAMA BAND)

 

JIWA KIUT JIWA
8 AHLI KOMEDI MOHD AZWAN SABRI(CHIWAN MMMMM)

 

9 ORANG AWAM
  1. SYAFIQ RAHIM
10 SELEBRITI MOHD HAIREY AZHAR ABD RAHMAN (ZOEY RAHMAN) KAMI TUAN RUMAH KAMI

 

 

 

11 AHLI KOMEDI MOHD ILHAM RUSDY(ACOK MMMMM)
12 ORANG AWAM MUHD AMIRUL ARIFFIN

 

 

 

KUMPULAN B
NO PESERTA NAMA KUMPULAN KOD SMS
13 SELEBRITI FARAH AZLEENDA ABDUL AZIZ(ZULIN AZIZ)

 

MELODRAMA DRAMA
14 AHLI KOMEDI IIZUJUHAN HAMZAH (IZU KEPOH)

 

15 ORANG AWAM NURUL AIN OTHMAN
 
16 SELEBRITI ROSLIZA ROSLI(LEEZ ROSLI )

 

BOOMERANG BOOM
17 AHLI KOMEDI ZULKARNAIN AZIZ JAAFAR (ZACK OOOOO)

 

18 ORANG AWAM MOHD ARFAN MOHD ARSHAD
 
19 SELEBRITI NAZRUDIN HABIBUR RAHMAN(NAZ)

 

MUKA CARI MAKAN MAKAN
20 AHLI KOMEDI SUFFIAN SHAFRI IBRAHIM(PIAN KEPOH)

 

21 ORANG AWAM ALI BIN JONIT (UNCLE JO)
 
22 SELEBRITI WAN SHAH BAHAROM BIN NIKTAH (ONE SOFAZR) OHSEM OHSEM
23 AHLI KOMEDI AZIZUL AMMAR ABU HASSAN(AMAR TITAN)

 

24 ORANG AWAM DANIAL HASIF IDRIS

sketsa mendahi

gelagat peserta dalam memnjayakan permainan dan sketsa yang diberikan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Film Line & Prodigee Media Announce China Film Projects In Busan

Transitions Optical Releases The New Transitions Signature Lenses