in , ,

Mimi Lana & Syafiq Kyle Batal Nikah Bukan Sebab Masalah Peribadi

Hari ini peminat dikejutkan apabila majlis pernikahan pasangan selebriti Syafiq Kyle dan Mimi Lana yang sepatutnya berlangsung 18 Ogos ini dibatalkan.

Memetik BH Online, perkara itu turut disahkan oleh pengurus kepada aktres itu iaitu Iman Tang yang mengatakan dia dimaklumkan oleh Mimi dua hari lalu.

Menurutnya, majlis pernikahan pasangan itu dibakalkan saat-saat akhir kerana Mimi terlibat dengan penggambaran.

Mimi Lana & Syafiq Kyle Batal Nikah Bukan Sebab Masalah Peribadi

“Dia berjumpa saya dua hari lalu memaklumkan yang majlis pernikahannya terpaksa dibatalkan pada saat akhir.

“Pembatalan dibuat kerana Mimi terikat dengan jadual penggambaran, selain ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan dengan Syafiq.

“Bila diberitahu mengenai perkara itu, saya memang terkejut. Tapi saya tahu Mimi memang baru sahaja masuk set penggambaran.

“Mimi kemudiannya meminta saya menghantar mesej pembatalan kepada tetamu yang sudah membuat RSVP kepada saya sebelum ini,” katanya

Dalam pada itu, Iman menafikan punca pembatalan majlis tersebut kerana masalah peribadi serta Mimi mengatakan hububgannya dengan Syafiq baik-baik saja.

“Saya ada juga bertanya perkara yang sama kepada Mimi, tetapi hubungan mereka baik-baik sahaja.

“Segala perkembangan terbaharu mengenai majlis termasuk tarikh baharu akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Buka Kotak & Pandang Pertama Samsung Galaxy Z Flip5 Kemaskini Menarik

Serlahkan Bakat Nyanyian Anda di Pertandingan #GimmeTheMic TikTok LIVE