in ,

Dua Filem Terbitan Multimedia Entertainment Bakal Ditayangkan Tahun Ini 

Takluk dan Legasi: Bomba The Movie bakal temui peminat filem di pawagam

Multimedia Entertainment Sdn Bhd sebuah syarikat produksi filem dan hiburan Malaysia yang telah menerbitkan banyak filem aksi berbajet besar, mengukuhkan lagi statusnya dengan melancarkan dua trailer filem terbaharu di Majlis Sambutan Aidilfitri Multimedia.  

Pada majlis tersebut, trailer filem ‘Takluk’ arahan sutradara Zulkarnain Azhar dan filem ‘Legasi Bomba The Movie’ arahan James Lee dan Frank See telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah Malaysia Checkpoints and Border Agency (MCBA), Datuk Seri Hazani Ghazali; Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad bersama Pengerusi Kumpulan Multimedia, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dan Pengarah Kumpulan Multimedia, Datuk Steven Lim.

2024 Raya Announces 2 Films_10

Takluk – Kisah Pengorbanan Pahlawan

Penghasilan filem ‘Takluk’ adalah hasil kerjasama Multimedia Entertainment bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Golden Screen Cinemas (GSC), Astro dan Six Fun Media yang diinspirasikan daripada insiden Lahad Datu dan Ops Daulat. ‘Takluk’ yang dibintangi Syafiq Kyle, Kamal Adli dan Fikry Ibrahim mengisahkan tentang anggota VAT69 dan pegawai IPD yang berjuang demi mempertahankan kedaulatan tanah air daripada serangan kumpulan pengganas GMN di sebuah kampung. 

Legasi: Bomba The Movie – Menghargai Pahlawan

Multimedia Entertainment juga turut melancarkan trailer filem kedua iaitu ‘Legasi Bomba The Movie’ yang mengetengahkan kisah perjuangan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Legasi Bomba The Movie diarahkan oleh James Lee dan Frank See, bersama membariskan pelakon terkenal Tanah Air seperti Ben Amir, Nas-T, Henley Hii, Nia Atasha, Ammar Alfian dan Hairie Othman. Filem ini mendapat sokongan dan kerjasama dari pihak JBPM, GSC, Astro dan Six Fun Media.

2024 Raya Announces 2 Films_2

Masa hadapan Multimedia – Perkembangan Ke Peringkat Antarabangsa

Multimedia Entertainment juga telah menubuhkan syarikat di Hong Kong, iaitu Multimedia (HK) Production Limited dan telah menghasilkan dua buah filem yang bakal ditayangkan di Hong Kong dan China. Penubuhan syarikat ini adalah bertujuan mengukuhkan kerjasama strategik antara pasaran tempatan dan antarabangsa. Multimedia menyasarkan untuk menghasilkan lebih banyak lagi filem bertaraf antarabangsa pada masa akan datang.

Dengan meningkatnya statistik dalam penggunaan media sosial dalam kalangan pengguna telefon pintar dan menjadi tren di seluruh dunia, Multimedia sebuah syarikat yang senantiasa maju ke hadapan hadir dengan idea projek pembikinan drama berdurasi pendek format vertikal yang akan dihasilkan untuk konten drama terkini yang boleh disaksikan di platform media sosial seperti Tik Tok.

2024 Raya Announces 2 Films_6

Dalam pada itu, Multimedia Entertainment turut mengumumkan syarikat Rent To Shoot yang menawarkan perkhidmatan sewaan peralatan berkualiti tinggi untuk penggambaran dan rakaman komersil yang terletak di Lembah Klang diasaskan pada tahun 2023. Rent To Shoot yang merupakan pakar dalam penyelenggaraan kamera, pencahayaan dan grip akan bekerjasama dengan setiap pelanggan untuk memastikan hanya peralatan terbaik yang akan disewakan.

Multimedia Armoury Forces pula diwujudkan untuk menyediakan pelbagai peralatan persenjataan sebagai props untuk perfileman. Inventori ini termasuk senjata api dan pakaian taktikal yang diselenggara dengan teliti untuk jaminan keselamatan pengguna. 

2024 Raya Announces 2 Films_1

Majlis Sambutan Aidilfitri Multimedia yang diadakan di Hotel Sheraton Petaling Jaya adalah acara tahunan bagi meraikan lebaran bersama kakitangan syarikat, barisan artis dan pihak media.

Turut memeriahkan majlis adalah syarikat yang banyak memberi sokongan dan kerjasama dalam menjayakan beberapa projek perfileman Multimedia Entertainment antaranya PDRM, JBPM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Cuckoo, Kinohimitsu, HONOR, AHB, 100 Plus, Umobile, 7Days dan ArtiqAir, serta rakan kongsi Astro, GSC dan Six Fun Media.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PRISM+ Lancar Luna Smart Air Conditioner System & Aura Smart Air Purifier

Drama Bersiri FRAMED Lakonan Meerqeen Dan Mimi Lana di Astro Premier