in , ,

Mimi Lana Tolak Tawaran Dior Tanda Sokongan Terhadap Bella Hadid & Demi Solidariti Palestin

Baru-baru ini, Mimi Lana telah berkongsi mengenai keputusannya untuk menarik diri daripada sebuah sesi fotografi sebagai tanda sokongan buat perjuangan saudara di Palestin.

Menerusi perkongsian Mimi Lana di laman Twitter, pelakon wanita itu mengatakan bahawa dia terpaksa membatalkan fotografi dengan barangan jenama mewah antarabangsa, Dior. Keputusan yang dibuat oleh Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana adalah sebagai tanda solidariti buat saudara se-Islamnya, Bella Hadid berikutan desas-desus pengguguran namanya sebagai duta jenama tersebut.

Bahkan, pelakon terkenal itu juga mengatakan bahawa dia teguh dengan pendiriannya demi rakyat Palestin termasuk Bella Hadid.

Mimi Lana Tolak Tawaran Dior Tanda Sokongan Terhadap Bella Hadid & Demi Solidariti Palestin

Terdahulu menerusi Twitter dan Instagram, pelakon filem pusaka itu juga merupakan antara selebriti tempatan yang lantang melaungkan sokongan kepada rakyat Palestin menerusi retweet serta posting yang dimuat naik olehnya.

Saya baru sahaja dapat tahu bahawa Dior telah mengugurkan Bella Hadid kerana sokongannya terhadap Palestin. Ia adalah isu sensitif buat kaum muslim di negara saya jika saya memuat naik seseuatu berkaitan Dior. Saya betul-betul maaf dan harap kamu faham.

– Mimi Lana

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan memuji tindakan pelakon filem Pusaka itu. Malah, ramai juga yang mendoakan agar dia diberikan rezeki yang lebih baik.

Dior Tamatkan Kontrak Bella Hadid?

Di media sosial sebelum itu tular berita bahawa dior dikhabarkan telah menamatkan kontrak Bella sebagai wajah jenama mewah tersebut disebabkan kerana kelantangannya bersuara menuntut keadilan bagi rakyat Palestin termasuk menyertai protes di Amerika Syarikat.

Malah, wajah Bella tidak lagi dilihat menghiasi jenama mewah tersebut termasuk di dalam Instagram rasminya.

Namun sehingga hari ini, pihak Dior masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut tetapi model itu telah menerima sokongan daripada masyarakat beragama Islam dari seluruh dunia serta mereka yang menentang kekejaman Israel di media sosial.

*Sumber: Kosmo!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini beliau aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lama Hilang Tanpa Jejak, Sajat Tak Sengaja Dedah Lokasi di Mana Dia Berada

Kecoh Frontliner Turun Pusat Kuarantin Buat CPR, Sayu Akhirnya Dijemput Ajal