in , ,

Mimi Tumpang Bangga, Syafiq Kyle Balas ‘Mini Love’ Menarik Perhatian

Bangga dengan drama lakonan tunangnya, Syafiq Kyle. Itu yang dikongsi pelakon Mimi Lana sekaligus menuai perhatian ramai dalam media sosial semalam.

Bangga dengan drama lakonan tunangnya, Syafiq Kyle. Itu yang dikongsi pelakon Mimi Lana sekaligus menuai perhatian ramai dalam media sosial semalam.

Menerusi perkongsian InstaStory itu, Mimi, 28, memuat nak video promosi drama DOH lakonan Syafiq yang bakal ditayangkan dalam platform Tonton tidak lama lagi.

Selain nama Syafiq, rasa bangga tersebut turut dititipkan buat pengarah drama tersebut iaitu Ariff Zulkarnain.

“Saya sangat bangga dengan awak berdua, Ariff Zulkarnain dan Syafiq Kyle,” kata pemilik nama penuh Mimi Rozaiana Zainal Abidin itu ringkas dalam InstaStory.

Tidak berdiam diri, Syafiq seterusnya mengulang siar semula perkongsian Mimi dan turut meletakkan simbol jari dengan ‘mini love’.

Perkara tersebut sekaligus mencetuskan tanda tanya ramai mengenai status hubungan mereka selepas Mimi nekad membatalkan majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya diadakan pada 18 Ogos lalu seminggu sebelum acara berlangsung.

Terdahulu, pasangan selebriti ini menjadi sebutan hangat ramai pihak selepas mereka memilih untuk membatalkan tarikh pernikahan yang seharusnya berlangsung pada 18 Ogos.

Sehingga kini, masih tiada sebarang penjelasan daripada kedua-dua pihak berhubung konflik pembatalan pernikahan tersebut.

Selain itu, nama Mimi juga menjadi bahan bualan ramai apabila didakwa sebagai pelakon wanita yang dilihat bercumbu dengan seorang aktor lelaki di sebuah kelab malam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RADIO SURIA FM

Sertai Peraduan Tangkap Duit Suria & Menangi Sebahagian RM330,000! 

‘Bekas Isteri Banyak Kali Ugut, Minta Cerai’ – ND Lala Akhirnya Bersuara