in ,

Masih Tiada Penyingkiran, Nash Diumum Peserta Terbaik HIJRAHKAN LAGUKU Minggu 2

Minggu kedua rancangan realiti hiburan Islamik terbitan TV AlHijrah iaitu Hijrahkan Laguku (HL) yang telah membuka tirai kedua pada malam tadi memberi kejutan apabila Faizal Ismail dan Bell Ngasri yang bertindak selaku hos rancangan mengumumkan kesemua lapan peserta mara ke minggu ketiga.

Keputusan ini dilihat bagaikan memahami kehendak penonton yang masih tidak puas melihat kesemua bintang HL berdakwah menerusi lirik dan melodi lagu.

Pengurus Penjenamaan dan Kajian Pengguna Zulkarnaen Mokhtar berkata tiada penyingkiran bukan tanda selamat. Konsep rancangan ini masih kekal dimana hanya seorang penyanyi bakal bergelar juara HL.

“Minggu ini adalah minggu bonus kepada para peserta. Peluang tidak harus disia-siakan. Mereka perlu kembali pada minggu hadapan dengan lebih baik.

“Kami menjangkakan gaya penyampaian dakwah serta strategi menghijrahkan lagu dan melodi yang lebih mantap pada minggu seterusnya dengan tema berlainan yang pastinya lebih mencabar.

Dato' Nash menyanyikan lagu ASLI

Episod kedua HIJRAHKAN LAGUKU juga dilihat sedikit berbeza apabila pihak produksi menampilkan juri tambahan iaitu Hazamin Inteam.

“Minggu pertama HL dilihat sedikit tegang apabila media sosial kami dipenuhi dengan lambakan komen-komen netizen yang mahukan juri lain yang berpengalaman luas  dalam penggubahan lirik lagu ketuhanan selain Fauzi Marzuki.

“Kami yakini kredibiliti Fauzi Marzuki sebagai juri tetap. Namun kami ambil kira juga pandangan penonton yang mahukan penambahbaikan. 

“Minggu kedua dan seterusnya, kita tambah lagi seorang juri jemputan yang berpengalaman dalam rencah lirik lagu dakwah dan ketuhanan,” jelas Zulkarnaen.

Iwan Shahman dengan lagu Solatlah Dulu.

Bertemakan Growing Up, persembahan minggu kedua malam tadi meninggalkan kesan mendalam apabila separuh daripada artis memilih untuk membuka persembahan mereka dengan bacaan ayat suci Al-Quran serta potongan doa.

Zaf VE melantunkan doa buat ibu bapa. Shahir Zawawi pula membaca potongan ayat dari surah Ar-Rahman. Manakala Dato’ Nash serta Rahmad Mega mengalunkan kalam Allah dari surah As-Shams dan Al-Baqarah.

Walau bagaimanapun, kekuatan vokal, lirik serta persembahan mantap Dato’ Nash yang menyampaikan lagu Asli menambat hati juri lantas diumumkan sebagai juara persembahan dengan peratusan paling tinggi iaitu 77 peratus.

Juara mingguan membawa pulang wang tunai bernilai tiga ribu ringgit Malaysia. Namun, Dato’ Nash menyumbangkan wang kemenangan tersebut kepada salah sebuah badan NGO yang akan dikunjunginya bersama pasukan CSR Hijrah Prihatin Hijrahkan Laguku iaitu Pusat Genius Kurnia.

Mark Adam.

Sementara itu, Shahir Zawawi yang menyanyikan lagu Kepadamu Kekasih mendapat markah kedua tertinggi (72 peratus) diikuti Iwan Shahman di tempat ketiga dengan lagu Solatlah Dulu (66 peratus).

Kesemua peserta diadili oleh tiga juri iaitu Fauzi Marzuki sebagai juri tetap manakala Hazamin Inteam dan Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff pula sebagai juri jemputan.

Hijrahkan Laguku yang bersiaran setiap Sabtu, jam 9 malam mendapat tajaan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), dan Hotel Premiera Kuala Lumpur.

Rahmad Mega dengan Lagu Jangan Lupa Diri.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persiapan persembahan dan trivia para peserta boleh ditonton melalui liputan kapsul yang disiarkan setiap hari, jam 7.55 malam.

Siaran ulangan HL turut boleh ditonton di TV AlHijrah pada setiap Ahad, jam 4.30 petang. Manakala rancangan Hijrah Prihatin bersama artis HL pula disiarkan setiap Sabtu dan Ahad, jam 1 tengah hari.

Mark Adam
Rahmad Mega dengan Lagu Jangan Lupa Diri
Shahir Zawawi menyanyikan lagu Kepadamu Kekasih
Shahir Zawawi menyanyikan lagu Kepadamu Kekasih.

SENARAI LAGU HIJRAHKAN LAGUKU MINGGU KEDUA

ZAF V.E

Can’t Live My Life Without You

Lagu Asal: Can’t Take My Eyes of You (Frankie Valli)

MARK ADAM

Rapuh (Opick)

ZACK KOOL

Bisikan Kalbu (Zack Kool)

SHAHIR ZAWAWI

Kepadamu Kekasih (M. Nasir, Hattan, Jamal Abdillah)

PG ADAM

Ampuni Aku

Lagu Asal : Unbreak My Heart(Tony Braxton)

DATO’ NASH

Asli

RAHMAD MEGA

Jangan Lupa Diri

Lagu Asal : Jangan Ada Benci (Casey)

IWAN SYAHMAN

Solatlah Dulu

PERSEMBAHAN PENUTUP

Selawat Badariyyah (semua artis)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Asyraf Nasir

Asyraf Nasir Lancar Single Terbaharu 2PAI, Inspirasikan Lagu dari Peribahasa

Sumosauna

Tular Kisah Nombor Plat ‘UIA’ di Ferrari, Sumosauna Ajak Pelajar Universiti Jana Pendapatan