in ,

Nash Kecewa Dengan Lefthanded?

[dropcap]E[/dropcap]ntah di mana silapnya, Lefthanded diibaratkan hidup segan mati tak mahu. Walaupun masih ramai peminat, grup rock otai yang dianggotai oleh Nash (vokalis), Man Kidal (gitar), Allahyarham Samad (gitar), Yan (bass) dan Man Dayak (drum) jarang dilihat untuk perform di konsert berskala besar seperti mana Wings dan Search yang kini masih aktif.

Nash

Vokalisnya, Nash akui hakikat Lefthanded kini makin berkubur kerana beliau agak sukar untuk mengumpulkan anggotai grup ini. Beliau juga akui, kejayaan Search dan Wings adalah berpunca dari pengurusan yang tersusun dan mereka sangat bekerja keras. Malangnya, Lefthanded tidak ada pengurusan yang betul untuk bergerak. Selain kurang akrab dengan anggota Lefthanded yang lain, Nash juga anggota juga tak berapa lengkap setelah ada ahli yang sudah meninggal dunia.

Namun dari segi kepercayaan dan hubungan sesama ahli memang tiada masalah pun. Itu kata Nash yang turut mengakui ahli grup Lefthanded tak pandai menilai peluang yang ada. Di mana sekarang ini, irama rock 90an semakin mendapat tempat dan konsert besar grup rock otai juga kerap kali dianjurkan.

Nash akui bangga dengan Lefthanded dan pada masa yang sama beliau sangat kecewa sebab ahlinya tak dapat menilai Lefthanded masih diminati.n

Dalam berita yang lain, Nash mahu menamatkan zaman dudanya.

“Siapa yang tak nak kahwin. Saya mahu isteri yang solehah dan hebat yang boleh mendoakan yang terbaik untuk suami.. Saya dah bersedia untuk kahwin tapi biarlah saya selesaikan segala urusan yang ada termasuklah menunaikan umrah terlebih dahulu. “

 One Nite Only With Nash

[dropcap]N[/dropcap]ash bakal mengubati rindu peminat di persembahan khas One Nite Only With Nash yang akan diadakan di The Heritage Club, Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada 21 Jun 2013. Nash turut menghadiahkan tiket penerbangan dan penginapan selama dua hari satu malam di Langkawi buat peminat bertuah yang datang. Tiket yang dikenakan hanya RM85 sahaja termasuk minuman.

Sebarang pertanyaan dan penempahan tiket boleh dibuat menerusi 03-26889604 atau emel je kepada [email protected]

Nash

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jehan Miskin Belum Merancang Dapatkan Cahaya Mata

Mior Juara Kilauan Emas Musim Ke-3