in ,

Tiada Penyingkiran, Semua Artis HIJRAHKAN LAGUKU Mara Ke Minggu Kedua

Persembahan pertama Program Realiti Hijrahkan Laguku terbitan TV AlHijrah (HL) di Studio Penyiaran Digital TV AlHijrah malam tadi berlangsung sengit tanpa sesi penyingkiran

Foto Kredit: SalamToday.com

Oleh yang demikian, kesemua lapan artis HL iaitu Dato’ Nash, Zack Kool, PG Adam, Shahir Zawawi, Rahmad Mega, Iwan Shahman, Mark Adam dan Zaf VE berjaya mara ke minggu kedua yang akan disiarkan secara langsung pada Sabtu, 27 November 2021.

Menurut Pengurus Penjenamaan dan Kajian Pengguna TV AlHijrah Zulkarnaen Mokhtar, minggu pertama yang membawakan tema Hijrah adalah minggu pengenalan yang memberi peluang kepada semua artis untuk menyapa para peminat dengan lagu-lagu yang dekat dengan kisah penghijrahan mereka.

Juri

“Kesemua lapan artis memberikan persembahan mantap dengan suntikan roh dakwah di dalam lirik lagu yang dipersembahkan malam tadi. Kita boleh nilai sendiri menerusi komen-komen positif yang membanjiri laman media sosial.

“Minggu kedua bertema Growing Up sudah semestinya makin mencabar. Kami serahkan sepenuhnya kepada kreativiti artis untuk memilih lagu dan berkarya dengan gubahan lirik yang dihijrahkan. 

“Namun, saya yakin mereka semua kini giat membuat persediaan untuk minggu berikutnya. Ustaz Mohamad Zarifi Haji Mohamad Daud selaku ustaz mentor akan memberikan bimbingan sewajarnya.

Teka teki tentang juri tetap yang akan mengetuai pemarkahan rancangan ini turut terjawab malam tadi setelah pihak stesen memperkenalkan Fauzi Marzuki sewaktu di awal rancangan.

Iwan Shahman

Menurut Zulkarnaen, Fauzi Marzuki dipilih selaku ketua juri kerana beliau merupakan seorang komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman tersohor di Malaysia. Lagu-lagu ciptaan dan tulisannya menjadi dendangan penyanyi terkenal termasuk Dato’ Jamal Abdillah, Dato’ Nash, Datuk Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Amy Mastura dan ramai lagi. 

“Fauzi Marzuki akan ditemani seorang juri jemputan setiap minggu. Juri jemputan adalah dikalangan para asatizah yang akan menilai bait-bait lirik lagu yang dihijrahkan para artis. Lirik lagu harus mempunyai nilai pendakwahan yang tinggi serta selari dengan ajaran agama.

“Peranan Dato’ Ustaz Badli Shah Alaudin sebagai juri jemputan pertama malam tadi dilihat memberi impak dan nilai tambah kepada HL. Lontaran komen-komen positif dan penuh pengajaran memberikan semangat kepada barisan artis untuk meneruskan misi dakwah. Malahan, laman media sosial kami dibanjiri komen-komen yang mahukan beliau kekal menjadi juri tetap.” jelas Zulkarnaen.

Dato' Nash .

Untuk rekod, tiga artis yang menduduki tempat teratas pada minggu pertama adalah Iwan Shahman (90 markah), Rahmad Mega (86 markah) dan Dato’ Nash (76 markah).

Iwan Shahman menyanyikan lagu Yang Maha Tinggi. Manakala Rahmad Mega dan Dato’ Nash menyampaikan lagu Takdir & Waktu dan Nur Hidayah.

Artis Hijrahkan Laguku

Stesen TV AlHijrah masih lagi tidak membuat sebarang pengumuman tentang hadiah utama rancangan ini.

Hijrahkan Laguku bertemakan Journey Back To Him dihoskan oleh Faizal Ismail dan Bell Ngasri. Rancangan ini bersiaran secara langsung setiap Sabtu jam 9 malam di TV AlHijrah.

Dato' Nash

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Puteri Aishah Bernikah

Puteri Aishah Bernikah, Sah Bergelar Isteri Ahli Perniagaan dengan Sekali Lafaz

Fazley Yaakob Gegar Vaganza 2021

“Semalam Saya Gementar, Emosi Fikir Anak-Anak,” – Datuk Fazley Yaakob