in , ,

Live In Concert Radja Penampilan Istimewa Ella di Mega Star Arena KL

Paduan Hebat Rock Antara Benua Indonesia-Malaysia Disatukan Dalam Sebuah Konsert Dibawakan Oleh Orange International Entertainment

Bertempat di restoran terkemuka masakan Melayu asli, Restoran Rebung Chef Ismail oleh Dato’ Chef Ismail, sebuah sidang media diadakan bagi mengumumkan konsert LIVE IN CONCERT RADJA (SPECIAL APPEARANCE ELLA)’ yang bakal berlangsung pada 12 November 2023, jam 7:00 malam di Mega Star Arena, Kuala Lumpur yang dibawakan khas oleh penganjur konsert tanah air, Orange International Entertainment.

Live In Concert Radja Penampilan Istimewa Ella di Mega Star Arena, Kuala Lumpur

“Ini merupakan sebuah penghormatan buat Radja dapat bertemu teman-teman media dari Malaysia untuk menjelaskan lebih lanjut tentang konsert yang bakal diadakan November ini, terima kasih juga kepada Restoran Rebung kerana menjadi penaja lokasi sidang media dan makanan pada hari ini serta pada hari konsert nanti,”

– lan, vokalis kumpulan Radja.
Live In Concert Radja Penampilan Istimewa Ella di Mega Star Arena, Kuala Lumpur

Radja, yang dianggotai lan Kasela (vokalis), Moldy Kusnadi (gitar) dan Seno Aji (dram) bersama-sama ratu rock negara, Ella bakal disatukan dalam sebuah konsert antara benua Indonesia-Malaysia yang julung-julung kali diadakan.

“Ini merupakan idea yang sudah lama diidamkan bahawa Radja ingin sekali berkolaborasi dengan ratu rock Malaysia Ella di pentas yang sama, dan pihak penganjur Orange Entertainment International yang berjaya merealisasikannya.
“Dua lagu hits kami ‘Jujur’ dan ‘Takkan Melupakanmu’ nyanyian Ella sangat indah didengar, maka kami gabungkannya lalu menjadi tema buat konsert kali ini disamping menjalin perpaduan muzik di antara Indonesia-Malaysia yang sememangnya akrab sejak dahulu lagi,”

– Moldy.

Ibarat membuka lembaran baharu, kedatangan Radja pada kali ini lebih istimewa kerana konsert yang bakal diadakan lebih kepada keakraban di antara band dan juga peminat.

“Kami mahukan sebuah konsert yang ‘intimate’ agar peminat berasa lebih dekat, kami juga mahukan sebuah pertunjukan yang ‘sing-along’ dengan kejutan yang sungguh istimewa,”

– Seno
Live In Concert Radja Penampilan Istimewa Ella di Mega Star Arena, Kuala Lumpur

Sebelum ini, pihak penganjur pernah mengadakan konsert oleh kumpulan Ungu pada penghujung tahun lepas dengan jayanya dan menerima sambutan yang memberangsangkan, menurut DatoFadzli Idrus, selaku CEO & Pengasas Orange Entertainment International.

“Sebagaimana yang diketahui umum, Radja adalah sebuah band legendaris Indonesia yang tidak perlu diperkenalkan lagi, kami gabungkan dengan ratu rock kita Ella dalam sebuah konsert gilang-gemilang buat tatapan peminat-peminat rock di Malaysia, disamping menyahut baik permintaan Radja yang mahukan Ella untuk turut serta bersama-sama mereka di pentas yang sama.
“Saya berharap peminat rock Indonesia dan Malaysia akan terhibur, dan jangan lupa untuk membeli tiket konsert sebelum terlambat. 

Seno

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rombakan Berita RTM Lebih Ringkas & Padat Bermula Oktober Ini

ARA JOHARI

Ara Johari Buat Comeback Dengan Single Terbaharu Berjudul ‘SUDAH’