in ,

Rombakan Berita RTM Lebih Ringkas & Padat Bermula Oktober Ini

Rombakan waktu siaran berita berkenaan adalah bagi memperkukuhkan lagi jenama BERITA RTM dalam kalangan penonton sebagai wadah berita terkini dan dipercayai. 

Menurut Timbalan Pengarah Berita Ehwal Semasa, Md Shahri Saripan perubahan yang bermula pada 1 Oktober itu dilakukan bagi mengukuhkan slot –slot berita berkenaan demi kepuasan penonton. Jelasnya lagi, perubahan itu turut memberi fleksibiliti kepada Berita RTM dalam penyusunan rancangan apabila ada keperluan kepada siaran khusus peristiwa atau acara tertentu (grand stand). 

Kanta 744

Bagi jajaran pagi para penonton bakal menikmati 1 jam siaran berita padat dan menyeluruh dengan 5 slot berita bermula dengan Berita Pagi pada 7.00 pagi. Ini diikuti Berita Pagi Sabah, 7.10 pagi dan Berita Pagi Sarawak, 7.20 pagi. Sebagai tarikan baharu, Stadium RTM yang menghidangkan perkembangan sukan semasa akan turut bersiaran pada 7.30 pagi disusuli Kanta 744 edisi pagi pada 7.44 pagi. 

Jajaran berita malam dimulakan dengan siaran Kanta 744 pada 7.44 malam, Berita Perdana, 8.00 malam dan Malaysia Tonight pada 8.30 malam. Memperkemaskan jajaranya, Berita Dunia dijenamakan semula ke DUNIA 10 dan dikembalikan ke waktu siaran asal iaitu 10.00 malam. Mengambilkira jumlah tontonan dan permintaan semasa, Dunia 10 juga akan turut bersiaran pada 10.00 pagi membawakan perkembangan semasa dan terkini luar negara. 

Selain itu, bermula 1 Oktober juga berita berbahasa Inggeris UPDATES@NOON turut dijenamakan semula sebagai WORLD TODAY dengan lebih banyak paparan berita yang komprehensif serta eksklusif. Bersiaran setiap hari pada 12.30 tengah hari,  WORLD TODAY membariskan kombinasi penyampai lama dan baharu seperti Peter Antonio Carlos, Jessica Lee, Mohanaapriya Sina Raja, Renee Loretta Foong, Brandon John Lipaul, Ahmad Sakhee Shamsuddin, Otto Md.Tahir dan Nurul Syuhaida Ariffin.

Teruskan mengikuti Berita RTM. Penjenamaa baharu jajaran berita-berita tempatan dan dunia setiap hari, pagi dan malam dengan paparan yang lebih menarik, ringkas dan padat semestinya di saluran Berita , TV1 dan TV2 RTM. Ikuti juga di rtmklik.rtm.gov.my. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAMSUNG S23 FE

Samsung Galaxy S23 FE Kini Rasmi Dengan Snapdragon 8 Gen 1 & Exynos 2200 

RADJA

Live In Concert Radja Penampilan Istimewa Ella di Mega Star Arena KL