in , ,

Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota di Kota Kinabalu Sabah Sukses!

Ratu Rock Negara Teruskan Siri Jelajah Konsertnya Di Lokasi Yang Ke-4, Negeri Di Bawah Bayu

Apa khabar ‘urang’ Sabah? Sebuah sidang media eksklusif ‘JILID AKHIR: ELLA PUTERI KOTA’ (KOTA KINABALU) yang dibawakan khas oleh penganjur acara terkemuka, Hitman Solutions bersama syarikat RockQueen, bertempat di The Oval, Ground Floor, Imago Shopping Mall, pada jam 1:00 tengahari diadakan bagi menghebahkan konsert yang bakal diadakan pada tahun hadapan.

Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota di Kota Kinabalu Sabah Sukses!

Setelah kejayaan konsert ketiganya di Pulau Pinang pada 28 Oktober 2023 lalu dengan kehadiran hampir 14,000 orang penonton, ratu rock negara, Ella kini kembali untuk beraksi di hadapan ‘urang’ Sabah terutamanya yang berada di sekitar Kota Kinabalu.

Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota di Kota Kinabalu Sabah Sukses!

Digelar konsert ‘JILID AKHIR: ELLA PUTERI KOTA’ KOTA KINABALU, Ella bakal membuat persembahan keempatnya pada 20 Januari 2024, bermula jam 8:30 malam, bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.

Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota di Kota Kinabalu Sabah Sukses!

Mengambil petikan seusai konsertnya di Pulau Pinang, Ella berkata, “Alhamdulillah, sokongan padu daripada peminat membuatkan saya bersemangat untuk meneruskan siri jelajah ini, dan bagi memuaskan hati semua pihak, kami akan ke Kota Kinabalu, Sabah pula, dan tidak sabar rasanya untuk menghiburkan ‘urang’ di sana.

Selain giat mempromosikan konsertnya, Ella juga aktif dalam bidang perniagaan produk RockQueen seperti abaya dan buku biografi yang bertajuk ‘Rockers Juga Manusia’. 

Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota di Kota Kinabalu Sabah Sukses!

Masih mengekalkan tema ‘Glam Rock’, konsert yang dijangkakan berlangsung sekitar 2 jam lebih bakal disajikan dengan kira-kira 25 ke 30 buah lagu bergantung dengan permintaan peminatnya, dan pastinya ada artis jemputan yang masih dirahsiakan nama mereka sebagai kejutan.

Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota di Kota Kinabalu Sabah Sukses!

Ella kini sedang menjalankan sesi latihan muzik beberapa kali seminggu bersama  pengarah muzik, Dato’ Acis serta aktiviti rutin kecergasannya demi membina stamina menuju hari konsert tersebut.

Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota di Kota Kinabalu Sabah Sukses!

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) & Pengasas Hitman Solutions, Encik Rohit Rampal, “Setelah kejayaan konsert di Axiata Arena, Bukit Jalil yang berjaya memecahkan rekod The Malaysia Book of Records dengan penjualan tiket ‘sold-out’ dalam masa 24 jam membuktikan bahawa Ella sememangnya ratu rock negara yang tiada tandingan.

Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota di Kota Kinabalu Sabah Sukses!

“Demi menyahut permintaan peminat Ella yang tidak berpeluang menonton konsert tempoh hari, pihak Hitman Solutions sedaya-upaya memberikan kepuasan sepenuhnya kepada penggemar rock di Sabah pula, dan nantikan pengumuman kami yang seterusnya. 

“Peace. Love. Rindu.

Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota di Kota Kinabalu Sabah Sukses!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Saya Tak Ganggu Hak Orang! Jangan Dengar Dari Orang Luar,” – Adami Hairi

SUKI LOW

Festival Asean 2023 di LaLaport Bukit Bintang Meraikan Budaya Belia