in , ,

Ara Johari Buat Comeback Dengan Single Terbaharu Berjudul ‘SUDAH’

Setelah hampir setahun tidak muncul dengan mana-mana single, Ara membuat ‘comeback’ yang ditunggu-tunggu melalui lagu terbaharunya berjudul ‘SUDAH’.

Perjalanan seninya bermula ketika menjadi salah satu peserta program realiti popular terbitan Astro iaitu Akademi Fantasia musim ke-13  pada 2016, kemudian nasib menyebelahinya pada tahun 2019 apabila dinobatkan sebagai Naib Juara di pertandingan berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-33 menerusi lagu ‘Bunga’, dan dari situ, bintang bernama Ara Johari mula bersinar.

Kini, setelah hampir setahun tidak muncul dengan mana-mana single, Ara membuat ‘comeback’ yang ditunggu-tunggu melalui lagu terbaharunya berjudul ‘SUDAH’ hasil ciptaan komposer terkenal, Hang Nadim serta Laq, dan liriknya ditulis oleh Bulan Penuh, manakala diterbitkan oleh label terkemuka tanah air, Rocketfuel Entertainment.

“Saya bukannya tidak mahu muncul dengan lagu baharu, tetapi proses pembikinan lagu ini mengambil masa yang agak lama dan saya hendak pastikan ianya betul-betul bermutu, baharulah saya akan lancarkannya.
“Lagu ini sudah pun wujud sejak 2019 lagi dan hanya berada dalam simpanan, abang Zimi yang jelaskan sudah sampai masanya lagu ini dikeluarkan, jadi kami putuskan untuk lancarkannya pada tahun ini juga,”

– Ara Johari

SUDAH merupakan single bergenre balada rock dengan ‘vibe’ lagu-lagu di era 90-an yang ‘hits’, sama seperti single Bunga yang pernah fenomena suatu ketika dahulu, tambah Ara lagi, “Sebenarnya, ramai peminat yang mahukan lagu seperti Bunga dihasilkan semula dan lagu ini adalah jawapannya dan hadiah untuk mereka semua.

“Jalan ceritanya pula mengisahkan tentang sebuah perhubungan yang dibina bertahun lamanya, banyak dugaan yang dihadapi bersama, tetapi apabila hanya sebelah pihak sahaja yang setia dan tidak sebaliknya, walaupun setelah banyak peluang telah diberikan demi mempertahankan hubungan tersebut, namun akhirnya dikhianati juga.
“Saya berharap agar semua pendengar dapat menerima lagu SUDAH ini dengan sebaiknya, dan  semoga liriknya ‘bisa’ membuat rakyat Malaysia semakin ‘galau’.

– Ara Johari

Lagu ‘SUDAH’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian pilihan utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music. 

Manakala lirik video ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RADJA

Live In Concert Radja Penampilan Istimewa Ella di Mega Star Arena KL

Pelakon & Pengarah Majed Saleh Meninggal Dunia, Shiha Seperti Tak Percaya