in ,

Konsert Tulus di Istana Budaya Bikin Peminat Penasaran

Rata-rata Teman Tulus yang memenuhi Istana Budaya semalam cukup terhibur dengan vokal dan persembahan bersahaja daripada penyanyi dari berbangsa Minangkabau ini. 

Malam 18 September 2018 cukup dinantikan oleh Budiey. Penyanyi bernama Tulus atau nama penuhnya, Muhammad Tulus Rusydi akhirnya memijakkan kakinya di pentas berprestij negara dengan mengalunkan lagu-lagunya di hadapan 1,400 penonton yang membanjiri Istana Budaya.

KONSERT TULUS

Penyanyi yang berasal dari Indonesia itu mempersembahkan 15 lagu popularnya dalam konsert berdurasi dua jam turut berterima kasih kepada penonton yang hadir. Khabarnya, tiket dah sold out, jadi ramai sekali yang penasaran tak dapat datang.

Selesai menghiburkan peminat, Tulus bertemu dengan media untuk sidang media. Jom tengok video ni:

Teruja jangan cakaplah, Budiey memang meminati kesemua lagu-lagu dari Tulus terutama sekali daripada album terbaru MONOKROM. Apatah lagi pertama kali Tulus perform lagu terbarunya berjudul LABIRIN di khalayak ramai pada malam tadi.

Beberapa lagu yang selalu dipasang masa dalam kereta tu seperti Manusia Kuat, Pamit, Ruang Sendiri, Tukar Jiwa, Langit Abu-Abu, Monokrom dan beberapa lagi sempoi je Budiey ikut nyanyi sekali. Memang sempoilah show Tulus sebab dia memang seorang yang positif. Dengan aura positif yang ditampilkan oleh Tulus buat semua penonton pun terikut sama enjoy dengan persembahan.

Kebetulan Budiey duduk di sebelah PR Red Box, Aje yang menganggap suara Tulus sangat original dan macam suara Kaset. Memang betul, dan Budiey bersetuju dengan pendapat Aje.

KONSERT TULUS

Selain lagu-lagu dari album MONOKROM, Tulus juga menyanyikan lagu-lagu dari album sebelum ini. Teman Hidup, Sepatu, Gajah, Jangan Cintai Aku Apa Adanya dan beberapa lagi dalam album kedua yang berjudul GAJAH turut dinyanyikan buat peminat suka untuk mengimbau kenangan.

Menurut Tulus, lagu Gajah punya kisah tersendiri di mana gelaran Gajah diberikan oleh kawan-kawannya semasa di zaman kecil. Semua lagu yang dihasilkan mempunyai kisah tersendiri.

“Terima kasih kepada penonton yang hadir dan ini di luar jangkaan saya sebagai penyanyi yang pertama kali mengadakan konsert di negara ini.

“Bukan saja peminat, ada juga artis-artis tempatan yang hadir memberikan sokongan kepada saya antaranya, Datuk Seri Siti Nurhaliza,” – Tulus

Selepas ini, Tulus akan terbang ke Melbourne untuk menghiburkan peminatnya di sana dan Tulus berharap dia akan berpeluang untuk beraksi di Kuala Lumpur pada masa depan.

“Tentunya saya berharap akan ada peluang lagi untuk saya mengadakan konsert di Kuala Lumpur. Kalau ada peluang, saya nak bawa lebih ramai pemuzik,” – Tulus

Selain Siti Nurhaliza, beberapa artis lain yang datang memberikan sokongan adalah Nabila Huda, Misha Omar dan Sherry Alhadad.

Budiey kasi 5 bintang untuk persembahan Tulus di Istana Budaya. Tahniah Tulus kerna sukses dengan Konsert ini. Maju terus!

KONSERT TULUS

KONSERT TULUS

KONSERT TULUS

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Antarabangsa Alec Benjamin Bakal Perform di Final BIG STAGE

Yeay! Kini Boleh Menonton Saluran Tamil Berdefinisi Tinggi (HD) di Astro