in

Yeay! Kini Boleh Menonton Saluran Tamil Berdefinisi Tinggi (HD) di Astro

Semua pelanggan Astro berpeluang menikmati pratonton Zee Tamil HD (saluran 232) dan Color Tamil HD (saluran 233) dari 19 September hingga 18 Oktober

Pelanggan Astro kini dapat menikmati lebih banyak kandungan Tamil dalam kualiti berdefinisi tinggi (HD) dengan pelancaran dua saluran baharu iaitu Zee Tamil HD (saluran 232) dan Colors Tamil HD (saluran 233) yang membawakan filem, drama, rancangan realiti dan siri.

Kedua-dua saluran ini boleh ditonton di televisyen, Astro GO dan on demand, serta boleh dinikmati untuk pratonton tanpa kos tambahan bermula 19 September 2018 hingga 18 Oktober 2018.

Tamil HD

LEBIH KANDUNGAN TAMIL BERDEFINISI TINGGI (HD) DI ASTRO

Dr Rajamani Chellamuthu, Naib Presiden Kanan, Bahagian Perniagaan Pelanggan India, Astro, berkata “Kami sangat teruja membawakan Zee Tamil HD (saluran 232) and Colors Tamil HD (saluran 233), dua saluran terbaik dari India untuk komuniti berbahasa Tamil. Astro kini menawarkan hiburan Tamil paling komprehensif yang melibatkan lebih 89% isi rumah kaum India di Malaysia. Kami akan sentiasa berusaha memenuhi keperluan hiburan pelanggan kami.”

Antara kandungan utama yang ditawarkan di Zee Tamil HD (saluran 232) adalah Sa Re Ga Ma Pa Lil Champs Season 2, rancangan realiti nyanyian yang menampilkan kanak-kanak berbakat dengan barisan panel hakim terkenal seperti Sujatha, Karthik, Srinivas dan komposer muzik Vijay Prakash; Comedy Khilladis, persembahan stand-up komedi; Azhagiya Tamil Magal, drama bersiri yang dibintangi oleh Sathya Sai, Puvi, Subalakshmi dan Anju Aravind; Thenali Raman, drama komedi sejarah mengenai kehidupan penyair Telugu lagenda Tenali Ramakrishna; Mr & Mrs Khilladies Musim ke-2, rancangan realiti pengembaraan yang menampilkan 10 pasangan; dan, Genes Musim ke-3, program berkonsepkan permainan yang dihoskan oleh aktres Priya Raman.

Tamil HD

Colors Tamil HD (saluran 233) akan mengetengahkan keunikkan Tamil Nadu menerusi pelbagai program berbentuk fiksyen, bukan fiksyen dan rancangan realiti. Namma Ooru Coloru, program berkonsepkan permainan memaparkan beberapa pasangan membuat pelbagai tugasan yang menyeronokkan; Colors Super Kids, rancangan realiti buat kanak-kanak berbakat yang diacarakan oleh pelakon popular Mirchi Shiva; dan drama bersiri Tamil seperti Vandhaal Sridevi, Perazhagi, Sivagami, Sangadam Theerkum Saneeswaran, Naagini 3, Marubadiyum dan Thirumanam.

Selepas tamat tempoh pratonton pada 18 Oktober, pelanggan boleh terus menikmati Zee HD dan Colors HD dengan melanggan Pakej Samrat pada harga berikut: –

• RM10 sebulan untuk Astro Family Pack, Value Pack dan Starter Pack.
• RM6 sebulan untuk pelanggan Astro Super Pack dan Super Pack Lite
• RM3 sebulan untuk pelanggan Astro Super Pack Plus

Untuk maklumat lanjut mengenai Samrat Pack, Zee Tamil HD (saluran 232) dan Colors Tamil HD (saluran 233), layari www.astroulagam.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Tulus di Istana Budaya Bikin Peminat Penasaran

Adaptasi Novel Popular SELAMAT MALAM TAN SRI Temui Penonton RTM