in ,

Penyanyi Antarabangsa Alec Benjamin Bakal Perform di Final BIG STAGE

Menyanyikan Lagu Let Me Down Slowly, Penyanyi kelahiran Amerika Syarikat Pastinya Bakal Memukau Penonton BIG STAGE

Budiey tak sabar nak buat liputan di Konsert Final BIG STAGE pada hari Ahad ni. Selain teruja nak tahu siapakah pemenang pertama program realiti ini, Budiey juga teruja nak melihat persembahan artis antarabangsa yang dikatakan akan tampil menghiburkan penonton pada malam itu. Nama penyanyi yang dimaksudkan ialah Alec Benjamin.

Alec Shane Benjamin, atau lebih dikenali sebagai Alec Benjamin adalah seorang penyanyi dan penulis lirik yang berumur 24 tahun yang berasal dari Phoenix, Arizona, Amerika Syarikat ini telah melancarkan single terbarunya yang berjudul “Let Me Down Slowly”.

Alec Benjamin terkenal dikalangan peminatnya dengan lagu Paper Crown, The Water Fountain dan End of The Summer. “Let Me Down Slowly” telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada platform penstriman digital antaranya Spotify, Apple Music, Joox dan KKBox.

Single ini telah mendapat 2 juta streaming dalam masa satu minggu sahaja. Manakala Video Muziknya, arahan Matt Swinsky telah mencapai sehingga 4.6 juta tontonan kerana berjaya menambat hati penonton. Dan penggemar muzik.

“Saya selalu berasa janggal di depan kamera jadi saya memutuskan bahawa dalam video muzik ini, saya akan memainkan peranan sebagai pencerita.” kata Alec Benjamin dari video “Let Me Down Slowly”. “Kebanyakan lagu saya berdasarkan sebuah penceritaan yang spesifik, jadi saya fikir mengapa tidak saya sendiri yang menceritakan kisah itu dan ada pelakon hebat yang membawa cerita itu kepada kehidupan yang sebenar.” – Alec Benjamin.

“Let Me Down Slowly” yang bergenre pop ini ditulis oleh Alec sendiri, dan turut berkolaborasi bersama Michael Pollack dan Nolan Lambroza. Single ini mengandungi ayat-ayat ‘deep’ yang boleh menyentuh hati seorang wanita. Alec juga berjaya di dalam penulisan lirik yang ditulis oleh Alec sendiri untuk Jon Bellion, yang bertajuk The Human Condition.

Alec Benjamin

“Pengisahan Alec dipenuhi dengan emosi dan sedikit kegelapan yang melalui pop gitar. Dia bukan sekadar ‘popstar’ yang bermain gitar tetapi dia adalah penyampai cerita yang akan menarik perhatian pendengar, membuat pendengar terpukau dan membuat pendengar berfikir dengan lebih mendalam.”- LADYGUNN

Sebelum ini, Alec telah menarik perhatian khalayak ramai melalui saluran Youtube dengan cara memuatnaik video lagu baru beliau setiap dua minggu ke saluran Youtube nya sendiri dan telah mengumpulkan peminat seramai 150,000 orang selama enam bulan dengan ketekunan dan sikap ‘do it yourself’ yang diamalkan oleh Alec sendiri.

Berkat kesabaran, Alec telah mencapai kejayaan terbesarnya pada tahun lepas apabila single beliau yang bertajuk “I Built A Friend” menjadi viral dan mencatat hampir 4 juta aliran Spotify dalam masa kurang daripada setahun dan mendapat ‘airplay’ jutaan rakyat Amerika di rancangan America’s Got Talent.

Jadi, siapakah pemenang juara BIG STAGE? Sama-sama kita tengok nanti ya. Apa ramalan korang? Tinggalkan diruangan komen okay?

Alec Benjamin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Poster Terbaru Filem BOBOIBOY MOVIE 2 Memukau Peminat Animasi

Konsert Tulus di Istana Budaya Bikin Peminat Penasaran