in , ,

Kongsi Foto Lengkap Sekeluarga, Kapsyen Anak ND Lala Sentuh Hati Netizen

Kontroversi mengenai rumah tangga penyanyi popular 80-an, Datuk ND Lala dan bekas isteri dilihat belum berkesudahan apabila dirinya tampil memberi kenyataan menerusi tiga buah video di Instagramnya.

Susulan itu, anak keduanya iaitu Amir Shafiq Amzah memuat naik beberapa keping foto mereka sekeluarga beserta kapsyen sedih menerusi akaun TikToknya.

Kata Shafiq, manusia akan sentiasa berdepan dengan ujian dan meminta untuk menghargai keluarga sementara dikurniakan nikmat tersebut.

“Allah nak tarik nikmat sekejap je. Kita ni sentiasa akan diuji. Sementara
Allah masih pinjamkan nikmat bahagia pada kita ni, hargai la sebaik mungkin setiap ahli keluarga yang ada.
“Nanti bila dah jadi seperti keluarga kami, baru anda akan menyesal. Kami juga pernah rasa bahagia sebagai sebuah keluarga,”

– Amir Shafiq Amzah

Dalam masa sama, Shafiq juga meminta orang ramai untuk mendoakan keluarga mereka yang masih bersatu.

“Hmmm. Doakan kami yang masih bersatu sebagai keluarga ya. Bismillah,”

– Amir Shafiq Amzah

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan kesejahteraan keluarganya yang ditimpa ujian besar ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tower Fashion Eleganza 2023 Pertunjukan Fesyen Paling Tinggi di Malaysia

Gambar Ruhainies Pakai Baju Seksi Nampak Lurah Undang Perhatian Netizen