in

Hartamania di TV9

TV9 kembali dengan barisan rancangan menarik yang membuatkan penonton sentiasa bersama TV9 sepanjang musim cuti sekolah ini yang bakal tiba ini. Kejayaan TV9 dan penerimaan penonton terhadap stesen ini bukan hanya bergantung kepada rancangan drama, animasi, dan hiburan semata-mata. Malah, stesen Di Hatiku ini mementingkan mutu serta acuan menarik yang dapat memberi kelainan kepada rancangan yang disiarkan.

Terbaru, TV9 memperkenalkan sebuah lagi rancangan terbitan Primeworks Studios, Hartamania di mana penonton akan dibawa untuk mengalami keseronokan dalam mencari harta karun tersembunyi. Hartamania yang dihoskan oleh Nabil sebagai Kapten Bil dan Adruce sebagai Cengkerang, pasti memikat hati semua anak-anak di rumah. Bukan hanya sekadar untuk keseronokan dan hiburan, Hartamania ini secara tidak langsung mampu menonjolkan kebijaksanaan peserta dan menguji kemampuan serta IQ peserta yang terpilih.

Berlatar belakangkan pulau yang dipenuhi dengan harta karun, peserta akan diberi cabaran tertentu serta perlu menyelesaikan masalah dan menjawab soalan yang diberikan bagi mendapatkan ganjaran. Setiap minggu, tiga peserta akan bersaing untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya bagi merebut hadiah-hadiah menarik. Jika berjaya ke pusingan seterusnya, peserta akan dikehendaki memilih satu daripada tiga peti harta yang mengandungi soalan dan perlu menyelesaikannya. Peserta yang berjaya menjawab dengan tepat akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat dan menarik. 

Pelbagai hadiah menarik menanti peserta yang berjaya seperti PSP, iPod, PS2 dan Gameboy Advance. Antara rakan penaja yang turut menyumbang dalam Hartamania adalah Karangkraf, HEC Logistics, Sunway Lagoon, Sunway Pyramid Ice, Mega Kidz, Anime Tech, Pusat Hari-Hari, dan Aquaria.

Hartamania diterajui oleh penerbit eksekutif Kamarul Zamly Ramly  dan dibantu oleh penerbit Shazalina Zainal Aznam dan penolong penerbit Siti Faradhina.

Oleh itu, terus kekal bersama TV9 Di Hatiku ini pada setiap hari Isnin hingga Rabu jam 7.00 malam selama setengah jam bagi mengalami segala keseronokan merungkai teka teki dalam mencari harta karun bersama Nabil dan Adruce.

Selamat Menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert SATU Siti Nurhaliza: Pelanggan Maxis & Hotlink Dapat Potongan 20%

Gambar Kamal Adli Pelakon Drama BioNik