Gambar Kamal Adli Pelakon Drama BioNik

Nama Kamal Adli nampaknya semakin dikenali. Ramai pembaca yang inginkan Budiey menyiarkan gambar pelakon utama drama Bio-Nik ini. Ada yang kata, Kamal Adli bukannya bercinta dengan Intan Ladyana tetapi bercinta dengan Syira MyTV3. Mmm…  apa-apa pun, semoga Kamal Adli sukses!

Sinopsis Bio-Nik

Tayangan “BIO-NIK” akan bermula pada 18hb Mei 2009, jam 9 malam dalam slot AKSI di TV3. Ia tampil dengan 26 episod yang mengisahkan tentang seorang pelajar kolej yang bernama Nik.

Nik mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya yang menyebabkan kecederaan yang serius pada keseluruh bahagian badannya.

Bapanya, Professor Hafiz seorang saintis yang mengetuai projek bio-genetik serta organ “transplant” mengambil keputusan untuk menjadikan Nik sebagai bahan ujikajinya kerana itulah satu-satunya cara untuk mengembalikan anaknya ke pangkuannya selepas segala cara perubatan konvensional gagal.

Namun, projek yang digelar A.D.A.M (Advance Developmental Android Mechanism) ini membuatkan Professor Hafiz berada dalam dilema kerana memikirkan samada langkah ini adalah yang terbaik untuk masa depan anaknya dan ia tidak melanggar hukum alam.

Setelah sembuh sepenuhnya, Nik terpaksa berhadapan dengan cabaran kuasa luar biasa yang ada dalam dirinya. Disebalik segala dugaan ada hikmahnya.

Akhirnya, Nik sedar kuasa luar biasa Nik merupakan satu-satunya cara yang mampu membantunya untuk menyelesaikan masalah akan bakal menimpa dirinya, keluarganya dan negaranya.

Kamal Adli masa Pengenalan Reka Tee TV3

Sibuk berlakon drama, filem bila pulak?

Sempoi walau pun tengah letih masa nih

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hartamania di TV9

Sony Ericsson Spread the Smile Charity Campaign