in , ,

Hafreez Adam Nafi Melamar Zara Zya

Auwww! Comel je cara pelakon Hafreez Adam meraikan ulang tahun ke 33 kekasihnya, Zara Zya. Kalau dulu Zara pernah membuatkan kejutan pada hari jadi Hafreez dengan memakai patung beruang, kali ini Hafreez membalas dengan cara berbeza. 

Menerusi laman Instagram Hafreez, dia memuatnaik sebuah video kejutan buat kekasihnya itu. Sweet kan?

Menurut Hafreez, 28, atau nama sebenarnya Hafreez Adam Aizat Zahalan berkata, hadiah itu sengaja diberikan lewat dari tarikh hari jadi Zara yang ke-33 iaitu pada 22 Oktober lalu.

Hafreez Adam Nafi Melamar Zara Zya

Menurut laporan berita dari Harian Metro, Hafreez mengatakan cincin adalah sempena genap setahun hubungan percintaan mereka.

“Belum lamar pun. Ia cuma hadiah hari jadi saja. Cincin itu pun bukan sebagai tanda apa-apa,” kata pelakon Hafreez Adam mengenai pemberian cincin kepada kekasihnya yang juga pelakon, Zara Zya seperti dimuat naik di Instagram semalam.

“Ia bukan cincin merisik, bertunang atau apa pun. Ia sempena hari jadi Zara pada 22 Oktober lalu. Tetapi, saya sengaja bagi lambat supaya dia tak boleh nak jangka.

“Makan malam semalam pun dia tak tahu saya akan buat kejutan untuknya. Dia ingat makan malam biasa, cuma saya suruh dia pakai cantik-cantik.

“Hadiah ini saya anggap pemberian yang cukup istimewa apatah lagi bulan ini genap setahun perhubungan kami. Jadi, tak salah kalau saya nak belanja lebih sikit untuk orang tersayang,”

Ditanya mengenai hubungan mereka, Hafreez yang juga pelakon drama Monalisa berkata, dia sudah bersedia untuk membawa hubungan mereka ke fasa serius iaitu berkahwin.

Bagaimanapun, Hafreez tidak mahu terburu-buru kerana perlu mengambil kira jadual kerja kekasihnya.

“Saya sudah berjumpa keluarga Zara. Malah, bapanya pernah cakap kalau betul nak kahwin hantar rombongan dan ikut adat.

“Bahagian saya pula, kalau boleh nak terus nikah. Tetapi, dalam soal ini saya tak boleh pentingkan diri sendiri. Saya kena tanya pandangan kedua belah pihak.

“Saya dan Zara selalu juga bercakap soal ini. Cuma, buat masa sekarang, jadual Zara sibuk hingga Februari tahun depan. Jadi, mustahil untuk buat majlis dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam masa sama, pelakon Love You Mr Arrogant ini turut memuatnaik sekeping gambar dengan kapsyen gambar berbentuk cincin.

“Dia bukan melamar, cincin itu adalah hadiah hari jadi. Saya sendiri teruja dengan sambutan romantis sempena ulang tahun pada tahun ini.

“Saya tidak menjangkakan sesuatu yang luar biasa kerana hari jadi saya sudah lama berlalu. Terima kasih diucapkan kepada Hafreez yang merancang sesuatu yang indah buat saya.

“Semestinya wanita mengimpikan sesuatu yang romantik sebegini. Sekiranya ada berita baik untuk dikongsikan, pasti saya akan maklumkan kepada semua,” – Zara

Pasangan berbeza usia empat tahun ini mula rapat di set penggambaran drama Monalisa dan menjalin cinta sejak akhir tahun lalu. Semoga cepat naik pelamin ya!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Punca Farawahida Tersingkir dari GEGAR VAGANZA 5

Joe Flizzow Menang Best Southeast Asia Act MTV 2018