in ,

Ini Punca Farawahida Tersingkir dari GEGAR VAGANZA 5

Malam tadi, Budiey telah buat liputan di Konsert Gegar Vaganza 5 Minggu Keenam bertemakan LAGU TERBAIK BOSS yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Farawahida

Tahniah buat tujuh peserta yang berjaya ke peringkat separuh akhir pada minggu depan. Mungkin ada yang dah meramalkan Farawahida akan tersingkir pada malam tadi, tak kurang ada yang mengatakan Hetty Sarlene yang mendapat markah rendah minggu lepas.

Farawahida

Mungkin nasib tidak menyebelahi Farawahida apabila diumumkan sebagai bintang keempat tersingkir. Mohon Farawahida bersabar ya. Jangan pernah serik untuk mencuba dan mencuba lagi kasi berjaya.

Sumbang Punca Farawahida Dapat Markah Rendah

Farahwahida yang menyanyikan lagu AYAT-AYAT CINTA mendapat markah terendah.

Juri tetap Datuk Ramli MS berkata, penyanyi tersebut melakukan banyak kesalahan dan sumbang.

“Dia banyak melakukan kesalahan dan banyak kedengaran sumbang. Dekat telinga saya kedengaran sangat jelas. Saya menilai dengan adil dan saya mendengar setiap suku kata dia ada buat kesalahan menyebabkan markahnya rendah.” – Farawahida

Farawahida ada mengakui beliau sedikit gementar pada minggu ini.

“Tipulah kalau saya kata tak neves. Tapi tulah, saya redha ini bukan rezeki saya. Dah sampai ke tahap ini dah dikira memadai.”

Minggu ini Amelina menduduki tempat pertama diikuti pasangan duo Billy Zulkarnain dan tempat ketiga milik Zamani. Tahniah!

Peserta yang mara ke peringkat seterusnya ialah Noryn Aziz, Amelina, Zamani, Hetty Sarlene, Mya Ruslee, Billy Zulkarnain, Dia Fadila, Zamani dan Forteen.

Kesemua peserta diadili oleh dua juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim, manakala Datuk Ahmad Tarmimi Siregar tampil sebagai juri jemputan.

Farawahida

Lagu Tugasan Minggu Depan

Minggu seterusnya bertemakan ‘Road To Semi Final’ dengan peserta perlu menyampai dua buah lagu sebagai tugasan.

Peserta masih meneruskan perjuangan adalah Amelina dengan lagu (Kuch Kuch Hota Hai, Tua Mengejar Kita) Billy Zulkarnain (Mengenangmu, Mulanya Di Sini), Zamani (Di Matamu, Dekat Padamu), Dia Fadila (I Don’t Want Miss A Thing, Permata Hati).

Sementara Maya pula dengan lagu (Tiada Kepastian, Ikut Rentakku), Noryn Aziz (Dahsyat, Cintaku 100%), Forteen (Potret, Cinta Di Akhir Garisan) dan Hetty Sarlene (Pencuri Hati, Kemaafan Dendam Yang Terindah).

Ia dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.Bintang Cuckoo Paling Gempak minggu ini menjadi milik Zamani.

GV5 disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga. Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Cerita Rasa Anis Nabilah Musim Ke-2

Hafreez Adam Nafi Melamar Zara Zya