in ,

Hafreez Adam Alami Masalah Jiwa Kacau & Gangguan Kebimbangan Yang Melampau

Alami Masalah Jiwa Kacau, Hafreez Adam Akui Namanya Kini ‘Tenggelam Timbul’ Dalam Industri Seni

Pelakon Hafreez Adam,30, mengakui namanya kini seolah tenggelam timbul dalam industri seni tempatan namun menafikan bahawa dia kini tidak menerima sebarang tawaran berlakon. Hafreez atau nama sebenarnya, Hafreez Azam Aizat Zahalan berkata bahawa sepanjang tahun ini, dia telah menyiapkan sebanyak tiga drama untuk penerbitan di stesen TV.

Dalam pada itu, Hafreez turut mendedahkan dia mempunyai masalah ‘jiwa kacau’ dan keresahan melampau apabila berada di tempat awam. Menurutnya, dia lebih gemar berada di rumah jika tiada keperluan untuk berada di luar ataupun komitmen kerja.

Sikapnya yang gemar berfikir membuatkan dia lebih resah jika berada di luar dan kini memilih untuk bersama keluarga di rumah. Tambahan, pengalaman melalui beberapa episod duka sebelum ini seperti penceraian ibu bapa turut membuatkan dia mengalami tekanan mental.

Hafreez-Adam

“Tawaran berlakon masih ada, namun memang sikap saya yang selesa memilih duduk di rumah jika tiada penggambaran.

Apatah lagi, saya mengalami masalah ‘jiwa kacau’ dan keresahan melampau.

Bila di rumah saya rasa lebih selamat. Saya juga kena sibukkan diri dengan bekerja supaya tidak ada masa untuk berfikir yang bukan-bukan. Saya suka banyak fikir,”

– Hafreez Adam

Tambah pelakon drama Puteri Yang Ditukar ini, dia kini tidak mahu lagi hidup bersendirian dan jauh daripada ibunya serta adik beradiknya yang kini berada di Wangsa Maju.

Pengalaman terpisah selama tiga bulan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu telah memberinya banyak pengalaman dan cabaran buat dirinya kerana seumur hidupnya dia tidak pernah berjauhan terlalu lama terutama dengan ibunya.

Sumber : Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hattan | 16

Hattan Alami Injap Jantung Tersumbat, Warganet Titip Ucapan Semoga Cepat Sembuh

Naim Daniel 2020 | 17

Kenakalan Naim Daniel Tiada Penghujung, Ini Sinopsis LELAKI LINGKUNGAN CINTA