in ,

Hafreez Adam Hadiahkan Kereta Baru Jenis Honda HRV, Ini Reaksi Ibunya

Hafreez Adam sangat teruja dan bersyukur kerana diberi peluang untuk menggembirakan hati ibunya dengan menghadiahkan sebuah kereta. Tahniah buat Hafreez Adam. Artis macam ni yang kita mahu, membalas jasa baik ibu bapa semasa hayat mereka masih ada.

Ini berikutan dia telah dikurniakan rezeki menghadiahkan ibunya sebuah kereta baru jenis Honda HRV sebagai tanda penghargaan kerana telah membesarkan dia dan adik-beradiknya yang lain tanpa mengenal erti penat lelah.

Perkara tersebut turut dikongsikan Hafreez menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat di luar sana.

Bismillahhirrahmannirahhim. Suprise ma! Sebagai anak, tak ada benda lain yang abe (merujuk dirinya) selain menggembirakan ibu yang dah susah payah besarkan kitaorang adik beradik ni sendirian.

– Hafreez Adam

Cerita Hafreez lagi, ibunya itu susah untuk mengalirkan air mata ketika diberi kejutan istimewa oleh anak-anak namun kali ini, terbit juga kerana gembira dengan pemberian Hafreez itu.

Ibu saya susah nak menangis kalau kitaorang adik beradik beri kejutan kepada dia. Bagi telefon, dia relax, deko bilik dia pun dia relax. Tapi kali ini, tengok mama nangis dapat kereta baru dia.

– Hafreez Adam

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat turut meluahkan rasa gembira apabila melihat keakraban  mereka sekeluarga di samping mendoakan agar Hafreez sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.

Sekadar info, Hafreez mula mencipta nama dalam industri hiburan setelah dia menyertai program pencarian bakat Hero Remaja musim 2011/2012 bersama-sama pelakon lain seperti Syafiq Kyle, Fattah Amin dan Saharul Ridzwan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lufya Omar Berpendapat Ramai Suami Isteri Suka Buka Aib Pasangan Di Media Sosial

RED NOTICE

Netflix Siar Trailer Rasmi & Poster Terbaru Filem RED NOTICE