in , ,

[Gambar] Sekitar Hot FM Big Jam 2019 di MAEPS Serdang

Tahniah buat Hot FM di atas penganjuran HOT FM BIG JAM yang telah berjaya menarik lebih 40,000 pengunjung. Budiey harap, konsert dan karnival sebegini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan.

Lebih 40,000 pengunjung hadir membanjiri MAEPS, Serdang untuk menyaksikan konsert Hot FM Big Jam di yang dibawa khas stesen radio Hot FM dengan kerjasama Malaysia Riders 2019 dan Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) pada Sabtu lepas. Ia merupakan satu angka yang amat memberangsangkan setelah tujuh tahun direhatkan. Konsert ini bermula dari jam 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam.

Paling menarik, kehadiran kumpulan Hujan begitu dinanti-nanti apabila pengunjung tanpa mengira usia datang seawal jam 12 tengah hari walaupun program dijadualkan bermula pada sebelah petang hingga lewat malam.

Hujan yang popular dengan lagu Aku Scandal, Mencari Konklusi dan Dugaannya itu terbukti apabila setiap kali namanya disebut akan disambut dengan sorakan dan tepukan paling bergemuruh.

Hot FM Big Jam 2019 di MAEPS Serdang

Lebih 40,000 Pengunjung Membanjiri Hot FM BIG JAM!

Selain Hujan dan Kugiran Masdo turut hadir pada konsert sebelah petang ialah barisan artis popular lain seperti Wany Hasrita, Syamel, Xpose, Aiman Tino, One Avenue Band, Nabila Razali, Ippo Hafiz dan Caliph Buskers.

Hot FM Big Jam 2019 di MAEPS Serdang

Pada sebelah malam pula dapat menyaksikan persembahan Haqiem Rusli, Hazama dan The Penglipur Lara, Siti Sarah, Neon, Ayda Jebat, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Ara Johari dan Faizal Tahir.

Tidak ketinggalan penyampai radio Hot FM seperti Shuk, Shuib, Fizie, El, Deen, Haziq, Zetty serta personaliti digital Sarancak turut serta memeriahkan acara.

Hot FM Big Jam 2019 di MAEPS Serdang

“Kekukuhan jenama Big Jam itu sendiri terbukti masih bertahan meskipun kali terakhir dianjurkan pada tujuh tahun yang lalu.

Meskipun sudah lama tidak dianjurkan, ternyata jenama Big Jam ini masih terus ada pengikutnya.

Terutama yang mengikutinya sejak dianjurkan belasan tahun lalu, mereka terus menjadi penyokong kuat bagi stesen radio Hot FM.”

– Ketua Audiens Melayu, Ripple, Nik Nor Azura Nik Mahmood

Menurutnya, tiada ketetapan sasaran dibuat untuk jumlah kehadiran pengunjung bagi tahun ini. Bagaimanapun, kami terharu dengan sambutan yang diberikan.

Hot FM Big Jam 2019 di MAEPS Serdang

Terima Kasih Buat Pendengar Setia

Pihak pengurusan Hot FM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah hadir di Hot FM Big Jam.

Tidak ketinggalan, saya percaya ada kalangan pengikut baru juga dalam lingkungan pendengar remaja. Berdasarkan kehadiran hari ini, kita dapat sambutan daripada pelbagai lapisan umur,”

– Ketua Audiens Melayu, Ripple, Nik Nor Azura Nik Mahmood

Selain itu, Hot FM Big Jam juga disokong oleh geng digital, Dhia, Donna, Lunaria, The Laki turut yang menyediakan pelbagai aktiviti dan hadiah menarik kepada pengunjung.

Untuk informasi lanjut, pendengar boleh melayari laman web serta laman sosial media rasmi Hot FM; Youtube: Hot TV / Instagram / Twitter: @hotfm976 / Facebook: Hot FM / Whatsapp: 017 – 302 8822.

Hot FM Big Jam 2019 di MAEPS Serdang
Hot FM Big Jam 2019 di MAEPS Serdang
Hot FM Big Jam 2019 di MAEPS Serdang
Hot FM Big Jam 2019 di MAEPS Serdang
Hot FM Big Jam 2019 di MAEPS Serdang
Hot FM Big Jam 2019 di MAEPS Serdang
Hot FM Big Jam 2019 di MAEPS Serdang
Hot FM Big Jam 2019 di MAEPS Serdang
Hot FM Big Jam 2019 di MAEPS Serdang
Hot FM Big Jam 2019 di MAEPS Serdang
Hot FM Big Jam 2019 di MAEPS Serdang
Hot FM Big Jam 2019 di MAEPS Serdang
Hot FM Big Jam 2019 di MAEPS Serdang
Hot FM Big Jam 2019 di MAEPS Serdang
Hot FM Big Jam 2019 di MAEPS Serdang
Hot FM Big Jam 2019 di MAEPS Serdang
Hot FM Big Jam 2019 di MAEPS Serdang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu FFM 30, Hans Isaac Tidak Akan Mohon Maaf Kepada Fazura

Menusuk Jiwa! Ini Lirik Lagu TETAP KAMU Amylea x Megat