in

Menusuk Jiwa! Ini Lirik Lagu TETAP KAMU Amylea x Megat

Sempena dengan tayangan perdana episod pertama drama NUR 2, sebuah muzik video single runut nyanyian Amylea Azizan dan Megat telah disiarkan di Youtube. Budiey dah pun mendengar lagu ini. Kali pertama dengar, Budiey percaya ramai yang rasa lagu ini sama dengan lagu Melly Goeslow. Apa-apa pun, kita dengar dulu lagu ini.

Lagu ini ciptaan Farouk Roman yang juga selaku penerbit dan lirik pula ditulis oleh Amylea sendiri.

Sebanyak lima buah lagu dicipta khas untuk diselitkan dalam drama NUR 2. Selain lagu TETAP KAMU, Amylea juga buat lagu berjudul BIMBANG nyanyian Marsha Milan, PUDAR dinyanyikan oleh Indah Ruhaila, CINTAKU dinyanyikan oleh Megat dan ROMAN pula dinyanyikan oleh Dua.

Lirik Lagu TETAP KAMU Amylea Azizan & Megat

Benarkah yang derita
Sulit untuk aku bertahan
Ada hati yang tersimpan
Menginginmu

Ternyata dan teruntuk
Buat diriku hanya kamu
Yang tak mudah meruntuhkan
Setia ku

Janjikan aku
Tak pernah kehilangan mu
Biar beribu jalan
Menghapus semua rasaku
Takkan hanyut

Janjikan aku
Takkan pernah menjauh
Bagai larutnya malam
Pekat menghidupkan bukah
Terangi ku

Mungkinkah jalan kita
Kan terpisah dan berlalu
Ku janji akan selalu
Merindumu hahaaa….

Janjikan aku
Tak pernah kehilangan mu
Biar beribu jalan
Menghapus semua rasaku
Takkan hanyut

Janjikan aku
Takkan pernah menjauh
Bagai larutnya malam
Pekat menghidupkan bulan
Terangi ku

Janjikan aku
Tak kehilangan mu
Biar beribu jalan
Menghapus semua rasaku
Takkan hanyut

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

[Gambar] Sekitar Hot FM Big Jam 2019 di MAEPS Serdang

Makan Bagus-Bagus Lah! Jom Berbuka at The Living Room of The Westin KL