in , , , ,

Isu FFM 30, Hans Isaac Tidak Akan Mohon Maaf Kepada Fazura

Pelakon, Datuk Hans Isaac tidak akan memohon maaf seperti yang diminta oleh aktres, Nur Fazura di atas dakwaan bahawa aktor tersebut telah mencemarkan nama baiknya berkenaan isu meletakkan syarat untuk menyampaikan anugerah sewaktu Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) Sabtu lalu.

Isu FFM 30, Hans Isaac Tidak Akan Mohon Maaf Kepada Fazura

Menurut Hans, apa sahaja yang dikatakan kepada Fazura telah dikirim menerusi mesej secara peribadi sebaik sahaja FFM30 tamat dan tidak mengaibkan dia di mana-mana platform terbuka. 

“Saya tidak pernah membuat kenyataan secara terbuka tentang situasi yang berlaku pada malam FFM30 dan hanya menghantar mesej peribadi kepada Fazura selepas majlis tamat.

“Apa yang dilaporkan oleh media bukan dari pihak saya, terima kasih,”

Terdahulu, Fazura meluahkan rasa kecewa dengan tuduhan dia meletakkan syarat tertentu bagi menyampaikan anugerah pada malam FFFM30 lalu.

Fazura juga menyatakan bahawa mesej yang dikirim oleh Hans selepas tamat FFM30 telah memburukkan nama baiknya dan mahu pelakon Baik Punya Cilok itu membuat permohonan maaf kepadanya. –

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nazim Othman Belum Sedia Cari Pengganti Akui Masih Terkesan dengan Perkahwinan Bekas Isteri

[Gambar] Sekitar Hot FM Big Jam 2019 di MAEPS Serdang