in , ,

Gambar Paris Hilton di Red Carpet Party of the Century

Pasti ramai yang nak tengok gambar-gambar yang ohsem dari lensa jurugambar rasmi Budiey.com, Firman Mohtar di malam paling happening 2015 Party of the Century yang berlangsung pada hari Jumaat lepas kan. Maka hari ni, Budiey nak siarkan beberapa gambar eksklusif untuk tatapan korang semua.  Gambar yang pasti dinantikan ialah selebriti Hollywood yang pertama kali menjejakkan kaki di Malaysia. Selepas Malaysia, Paris Hilton terbang ke Bali pula. Pasti ramai paparazi di Indonesia tengah curi-curi skodeng ambil gambar Paris Hilton kat sana.

Tengok pada gambar kat bawah ni. Siap Firman ikut Paris Hilton ke belakang pentas. Kerlast. Boleh pulak.

Sebelum perform, Paris Hilton sempat ditemubual oleh emcee karpet merah iaitu Joey Ghaz dan seorang pengacara wanita.

Kemunculan eksklusif selebriti sensasi dan kontroversi Hollywood, Paris Hilton sebagai tetamu khas di Party of the Century nyata mencuri tumpuan ramai tetamu yang hadir terdiri daripada orang kenamaan (VIP), personaliti terkenal dan ahli perniagaan pada majlis tersebut.

Parti berkenaan diadakan sempena perasmian pusat komersial, Empire City bertempat di Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor. Bermula dengan acara karpet merah, Paris yang tiba kira-kira jam 8.15 malam terus menjadi buruan lensa kamera media yang bertugas.

Malah, tetamu juga tidak melepaskan peluang merakamkan gambar Paris secara lebih dekat. Sementelah, ‘Party of The Century’ merupakan penampilan buat kali pertama diva berusia 33 tahun ini di Malaysia.

Tampil ringkas tapi tetap menawan, Paris kelihatan manis dan cantik dengan mengenakan mini dress seequin dan legging hitam sambil melemparkan senyuman ke arah jurugambar-jurugambar sewaktu melangkah melintasi karpet merah.

Di sepanjang acara, kelibat cucu yang juga pewaris empayar milik keluarga Conrad Hilton iaitu pengasas Hotel Hilton sentiasa menjadi perhatian tetamu terdiri daripada VIP dan personaliti tempatan termasuk antarabangsa.

Antara personaliti tempatan yang turut kelihatan seperti pelakon Zulin Aziz, Nazim Othman, Erin Malik, Siti Saleha, penyanyi Amanda Imani dan pengacara William Quah.

Paris Hilton Red Carpet Party of the Century Malaysia

Paris Hilton Red Carpet Party of the Century Malaysia

Paris Hilton Red Carpet Party of the Century Malaysia

Paris Hilton Red Carpet Party of the Century Malaysia

Paris Hilton Red Carpet Party of the Century Malaysia

Paris Hilton Red Carpet Party of the Century Malaysia

Paris Hilton Red Carpet Party of the Century Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zizan Razak Kecewa Dengan Tindakan Bekas Pengurus

Drama Bersiri NYIUR NAN SETANDAN Lakonan Ezany Nizariff