in ,

Zizan Razak Kecewa Dengan Tindakan Bekas Pengurus

Kecewa dengan tindakan bekas pengurusnya, Marina Juki, pelawak dan pelakon Zizan Razak yakin dan percaya keadilan akan berpihak kepadanya dan akan membuat rayuan kepada pihak mahkamah.

Memetik laporan Sinar Harian, Zizan berkata perintah injuksi sementara yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Seksyen, Kuala Lumpur menghalangnya menandatangani sebarang kontrak baharu atau endorsement dengan mana-mana produksi lain.

“Tindakan dia benar-benar menutup peluang pendapatan dan periuk nasi saya. Tindakannya itu sangat di luar jangkaan dan tidak adil. Malah, saya tidak faham apa yang diinginkannya.

“Sebelum ini, dia telah membuat kenyataan tidak mahu lagi menguruskan semua aktiviti saya. Saya sangat kecewa kerana dia sanggup bertindak seperti ini untuk menghalang pendapatan melalui titik peluh saya sendiri,” luahnya.

Pada 5 November lalu, Marina memfailkan saman terhadap Zizan menuntut ganti rugi khas bernilai lebih setengah juta ringgit berhubung perlanggaran kontrak.

ZIzan Razak di Party EH 2012

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Komedi NAK KAHWIN LAGI Lakonan Norman Hakim

Gambar Paris Hilton di Red Carpet Party of the Century